Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Miliki Tanda Lahir Unik Dari Kecil Mula Keluar Dari Fasa Kemurungan Selepas Fotonya Menjadi Tular Kerana Sertai Penggambaran Professional.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Miliki Tanda Lahir Unik Dari Kecil Mula Keluar Dari Fasa Kemurungan Selepas Fotonya Menjadi Tular Kerana Sertai Penggambaran Professional..



JIKA sebelum ini dia kurang keyakinan diri kerana memiliki tanda lahir di wajahnya, tetapi kini Anne Antonelli dari Oklahoma, Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk mengekalkan keunikan itu.


Kes wanita berusia 43 tahun ini dikatakan hanya berlaku satu dalam 3,000 orang yang menyebabkan pembentukan saluran darah pada kulit sehingga wajahnya kelihatan mempunyai tompok merah jambu, merah dan ungu.

Dua tahun lalu, Anne menyertai sesi penggambaran professional dan fotonya tular di laman sosial.


Berterima kasih dengan nasib yang menimpa dirinya, dia menerima banyak maklum balas positif dan Anne mula selesa dengan keadaan wajahnya.

Malah, dia turut membatalkan hasrat untuk membuang tanda lahir itu.


Akauntan ini juga tidak lagi menganggap keadaan dirinya sebagai satu 'kecacatan'.

Malahan, dia tidak lagi berasa rendah diri, sebaliknya begitu bangga dan yakin untuk keluar bertemu orang ramai.


"Saya dapat banyak mesej positif dari internet dan mereka suka rupa paras saya.

"Saya juga menemui ramai kawan yang ada tanda lahir sama dan ia sangat menyeronokkan. Dulu saya tak jumpa sesiapa seperti saya sewaktu sedang membesar.


"Saya terima hakikat yang persepsi orang tiada kaitan pun dengan saya. Saya ada kerjaya dan kehidupan, tak perlu kisah pasal wajah saya," ujarnya.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang wanita yang kuat, Anne berkata dia lebih fokus kepada kerjayanya dan tidak begitu memikirkan soal jodoh. - Metro.UK




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LBo7VE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.