Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengarah Khazanah letak jawatan selepas dikritik Dr M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengarah Khazanah letak jawatan selepas dikritik Dr M

Azman dan lembaga pengarah Khazanah mengadakan mesyuarat pada petang Selasa dan memutuskan untuk menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang kemudiannya diserahkan kepada pentadbiran perdana menteri.
Keputusan menyerahkan surat tanpa tarikh bertujuan memberi Dr Mahathir kata putus untuk menentukan siapakah yang harus pergi atau kekal di Khazanah, kata pegawai yang rapat dengan perkembangan tersebut.
PETALING JAYA: Pengarah Urusan Khazaah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan 8 ahli lembaga pengarah dana kerajaan itu mengemukakan peletakkan jawatan mereka dalam perkembangan yang dijangka mendorong lebih banyak perubahan pengurusan atasan melibatkan syarikat milik kerajaan dalam masa terdekat, lapor akhbar Straits Times (ST) Singapura hari ini.
Pegawai kanan kerajaan dan eksekutif kewangan yang rapat dengan perkembangan itu memberitahu ST, Azman dan lembaga pengarah Khazanah mengadakan mesyuarat pada petang Selasa dan memutuskan untuk menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang kemudiannya diserahkan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pegawai memberitahu, mesyuarat yang dipengerusikan pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof membuat keputusan sebulat suara bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir yang memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas, harus dibenarkan untuk menentukan struktur kepimpinan baru dana kerajaan itu.
Keputusan menyerahkan surat tanpa tarikh bertujuan memberi Dr Mahathir kata putus untuk menentukan siapakah yang harus pergi atau kekal di Khazanah, kata pegawai yang rapat dengan perkembangan tersebut.
Percubaan ST mendapatkan respons daripada pengarah dan eksekutif Khazanah berkenaan perkara itu tidak mendapat balasan.
Lembaga pengarah semasa Khazanah terdiri daripada tokoh korporat Malaysia paling penting dan proses mencari pengganti mereka, sekiranya berlaku, akan diperhati secara dekat oleh pelabur tempatan dan luar negara.
Selain daripada Azman dan Mohammed Nor, pengarah lain adalah bekas tokoh perbankan Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Datuk Mohammed Azlan Hashim; bekas pegawai bank pusat, Andrew Sheng Len Tao, yang sebelum ini bertugas sebagai timbalan ketua eksekutif Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong; Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, bekas pengerusi dan rakan kongsi kanan firma PriceWaterHouseCooper Malaysia; Datuk Nazir Razak, pengerusi kumpulan CIMB dan adik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; Datuk Nirmala Menon, eksekutif sektor insurans yang dihormati dan tokoh perbankan, Yeo Kar Peng.
Spekulasi berhubung perubahan dalam kepimpinan Khazanah tercetus 2 minggu lepas apabila Dr Mahathir secara terbuka mengkritik dana kerajaan itu, yang diasaskannya pada 1994 sewaktu beliau pertama kali menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir mendakwa Khazanah telah lari dariada tujuan asalnya dan bertukar menjadi alat kerajaan sebelum ini memberi ganjaran kepada ahli politik dan bukan-profesional dengan jawatan dan pakej gaji mewah.
“Syarikat berkaitan kerajaan ini mengalami kehilangan wang tetapi gaji pegawainya terlalu tinggi dan mereka menikmatinya tanpa menghiraukan sama ada syarikat untung atau tidak,” kata beliau dalam temu bual terbaru dengan portal berita perniagaan berpangkalan di Hong Kong, Investine.
Portfolio Khazanah merangkumi sebahagian daripada syarikat tersenarai Malaysia yang paling besar dan strategik, seperti syarikat telekomunikasi utama Telekom Malaysia dan operator serantaunya Axiata Group, syarikat kewangan utama CIMB Group Holdings, syarikat tenaga kebangsan Tenaga Nasional, pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings dan IHH Healthcare.
Khazanah juga merupakan pemilik tunggal syarikat penerbangan negara yang bermasalah, Malaysia Airlines.
Di Singapura, Khazanah dan Temasek Holdings merupakan rakan kongsi usaha sama dalam M+S Pte Ltd, yang terlibat dalam pembangunan 4 lot tanah di Marina South dan 2 lot di Ophir-Rochor yang merupakan tapak berdirinya Marina One dan Duo sekarang.
Terdapat spekulasi dalam kalangan kelompok kewangan Malaysia bahawa siapa juga kepimpinan baru yang ditempatkan oleh Dr Mahathir di Khazanah akan membuat perubahan pengurusan terhadap pelaburan syarikat itu yang stabil, yang mempunyai aset boleh jual bernilai sebanyak RM157.2 bilion dan nilai bersih diselaraskan RM115.6 bilion pada akhir 2017.
Menurut kelompok perbankan, kemungkinan itu boleh mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur portfolio asing, yang merupakan pemilik utama saham entiti Khazanah yang disenaraikan. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OhJaLu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.