Bila tahu tak sihat, tak dapat hidup lama apa akak buat? Ini jawapan Ardell Aryana
Umum mengetahui bahawa pelakon Ardell Aryana kini sedang menghidap penyakit. Pelbagai andaian dibuat tentang penyakitnya itu namun Ardell Aryana mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak banyak membuka cerita tentang penyakit tersebut.
Ardell Aryana selalu memuatnaik status di laman Instagram miliknya seolah sedang menerima ujian dariNya.
Yang terbaru, Ardell Aryana ada berkongsi beberapa soalan dari netizen kepada nya.
Malah yang mengejutkan ada yang bertanya seperti Ardell Aryana ini macam sedang sakit nazak. namun dengan tenang Ardell Aryana menjawab pertanyaan peminatnya.
Jom baca soal Jawab dengan Ardell Aryana:
Ramai yang DM dan EMAIL saya. Ini soalan mereka:
1) Macam mana untuk sentiasa happy walau hakikatnya bertentangan?
Jawapan: Apabila kita membahagiakan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia dan happy.
2) Macam mana boleh jadi sekuat ini?
Jawapan: Kekuatan kita hanya pinjaman, nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh (tapi saya tetap pilih untuk jadi wanita BESI)
3) Apa akak buat bila rasa sedih down?
Jawapan: Bila saya rasa macam tu, 1 je saya fikir… jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih dan sukar (lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita.
4) Bila tahu tak sihat, tak dapat hidup lama apa akak buat?
Jawapan: Ajal maut bukan di tangan kita dik, bukan sebab Penyakit je boleh meninggal.. orang sihat pun boleh meninggal, sakit biasa-biasa pun boleh meninggal. Jangan la tanya soalan camni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup tak lama).
5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin, kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membebankan dia ke, tak kesian ke kat suami nanti?
Jawapan: kalau ajal je di tangan Tuhan inikan pula jodoh, dik. Kalau Tuhan kata panjang umur panjanglah jodoh (ada la jodoh dunia) kalau takde maka takde la. Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je.. (saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit, memasak, shopping, berjalan..
Saya ok je bukannya sakit apa sangat tapi akak risau dan saya masih ada kaki untuk berjalan ok. itu pun kadang rase menyusahkan, tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang? BANGKIT la… teruskan hidup macam biasa, keluar, kerja, buat itu buat ini.. apa yang saya rasa saya suka just do it. Kalau penat berhenti, jangan push diri. Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti. Dah namanya dunia ni pentas ujian, maka hadapi dengan tenang. Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita. Goodnight.
Sumber: IG Ardell Aryana
Dalam menghadapi penyakitnya itu, ahli keluarga, teman rapat dan para peminat tak henti berdoa dan sering menulis kata semangat buat Ardell Aryana.
Antara rakan yang paling rapat dengan Ardell ialah pelakon Nadzmi Adwa. Malah pelakon ini antara yang terawal mendedahkan bahawa Ardell Aryana sedang sakit.
Apapun, semoga semuanya baik-baik sahaja buat Ardell Aryana. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KUiygK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment