"Pulangkan semula, itu duit nak pergi haji" Kesiannya pak cik ini tertinggal duit di CDM
Seorang lelaki bernama Iman Bukhari Omar merayu individu yang mengambil wang ayahnya untuk segera memulangkan wang berkenaan.
"Pulangkanlah semula, itu duit haji" - itulah rayuan dari seorang anak yang sayu melihat wang dikumpul lenyap begitu sahaja.
Katanya, duit bapanya tertinggal di dalam mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Jalan Pintu Pong, Kota Bahru, Kelantan minggu lepas.
Wang tunai sejumlah RM4,900 itu adalah duit gaji yang dikumpul bapanya selama setahun untuk menunaikan haji.
MACAM MANA BOLEH TERTINGGAL
Kejadian berlaku pada 6 Ogos lalu ketika bapanya, Omar Md Nor, 45 tahun, cuba memasukkan sejumlah RM5,000 ke akaunnya.
Namun, seperti kebanyakkan CDM, akan ada yang gagal dibaca dan dimasukkan.
Seperti kes ini, sekeping wang kertas bernilai RM100 gagal diproses walaupun dicuba beberapa kali.
Kemudian, ayahnya berlalu pergi setelah menjangkakan wang RM4,900 yang lain sudah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank.
Ini jelas anaknya:
"Ayah ambil wang RM100 itu dan sangka RM4,900 lagi sudah selesai dideposit. Dia tinggalkan bank kerana beranggapan duit berkenaan sudah selamat masuk ke dalam akaun.
INDIVIDU BELAKANG AYAH YANG AMBIL
Kemudian, ayahnya pergi ke bank, dan mendapati duit berkenaan tiada. Video dari rakaman CCTV telah diperiksa dan mereka mendapati orang yang beratur di belakangnya yang mengambil duit berkenaan.
"Keesokan harinya, ayah periksa akaun tapi duit berkenaan tiada. Pihak bank juga mengesahkan tiada sejumlah wang itu didepositkan ke dalam akaun ayah dan pemeriksaan kamera litar tertutup bank menunjukkan individu yang beratur di belakang ayah yang mengambilnya"
KAMI REDHA
Iman Bukhari berkata, mereka sekeluarga tidak marah pada individu terbabit sebaliknya meminta supaya duit tersebut dikembalikan dengan menghubunginya di 013 966 7567.
Namun, mereka redha dengan perkara yang telahpun berlaku walaupun masih berharap ianya dipulangkan.
"Harapnya masih ada rezeki, ada tu maksudnya adalah, kalau tidak ada kami reda. Mungkin adalah salah kami di mana-mana"
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubungan kejadian tersebut.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Diharapkan orang ramai dapat membantu menyampaikan info ini kepada individu yang mengambil wang berkenaan, kerana itu usaha titik peluh Encik Omar untuk pergi ke Mekah. -PENMERAH
Sumber: Astro Awani
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KUAkQI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment