Hantu Kak Limah: Delimawati Terguris Hati.. Apa Kes?
Filem box office, Hantu Kak Limah kini sedang hangat ditayangkan, dan meletup-letup di pawagam.
Khabarnya, filem ini sudah mengutip lebih RM9 juta dalam masa kurag seminggu ditayangkan, satu pencapaian yang amat mengagumkan.
Namun, pelakon utama yang membawa watak Hantu Kak Limah iaitu Delimawati akui ada berkecil hati.
Ini apabila orang ramai hanya mengenalinya menerusi watak dalam filem arahan Mamat Khalid itu.
Kata Delimawati, ada yang menggelarnya sebagai Kak Limah dan ada hanya mengingati watak hantu yang telah dilakonkan.
Ini komennya:
"Kadang-kadang rasa okay tapi ada juga rasa kecil hati bila orang hanya ingat nama hantu Kak Limah sahaja.
"Selalunya, budak-budak yang panggil saya hantu Kak Limah dan bertanya kenapa saya tak sama macam dalam filem,"
"Tapi tak apalah, sebagai pelakon saya anggap watak itu berkesan sehingga jadi ingatan penonton"
Diimbas kembali, Delimawati mula dikenali menerusi drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel.
Kemudian, Delimawati popular menerusi watak Kak Limah dalam beberapa filem seram komedi arahan Mamat Khalid.
Kali ini, Delimawati menjadi tumpuan dan watak utama dalam filem Hantu Kak Limah dan ianya amat sukses dari segi sambutan dari para peminat.
Catatan RM9 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan amat menakjubkan.
Selain Delimawati, Filem Hantu Kak Limah menampilkan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan banyak pelakon cameo seperti Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MiortB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment