Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy Jamaluddin Umum Letak Jawatan Sebagai Komander Askar Wataniah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy Jamaluddin Umum Letak Jawatan Sebagai Komander Askar Wataniah


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ merupakan antara ahli politik yang mempunyai follower dan pengikut yang amat ramai.

Bekas Menteri Belia Dan Sukan ini telah membuat kejutan apabola mengumumkan beliau telah meletak jawatan.

Jawatan yang dilepaskan ialah sebagai Komander 508 Askar Wataniah.



Surat letak jawatan telah diserahkan sendiri oleh KJ kepada Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej. Jen. Dato’ Zainal.

Selepas hampir 5 tahun, Khairy Jamaluddin juga memohon pembatalan tauliah pangkat tersebut.

Ini tulis KJ di laman Twitter nya:

"Penyerahan surat peletakan jawatan sebagai Komander 508AW dan permohonan pembatalan tauliah kepada Mej Jen Dato’ Zainal AP BPS. Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander."




Sebelum ini, ketika bergelar Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menjalani latihan ketenteraan di beberapa kem di Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.

KJ pernah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 AW pada 2010.

Pengumuman yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin ini membuatkan beberapa followernya terkejut dan tertanya-tanya kenapa itu pilihan YB dari Rembau itu.



Ini antara reaksi netizen:

@adi_arfandi: "Siap ada sayap lagi, why YB letak jawatan? Sama berlatih dengan tentera utk meramaikan org masuk wataniah, adehhh."

@hasnilam58: "YB my dear bro why ? Resign for what? U should have stay on.  hope are are doing the right thing"

Sumber: Siakap Keli / Twitter KJ



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2P4kqGZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.