Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Dia menangis dan merayu.. ibu jangan tinggal baby, ibu tolong baby" Sedihnya luahan mangsa dera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Dia menangis dan merayu.. ibu jangan tinggal baby, ibu tolong baby" Sedihnya luahan mangsa dera


Tak dapat dibayangkan kekejaman dua cikgu di taska di Melaka yang menjadi viral. Entah kenapa dibuatnya kanak-kanak kecil seperti itu.

Bukan seorang tapi dua orang cikgu berperangai binatang seperti itu yang sanggup mendera budak kecil.

Memang ramai yang naik hantu apabila menonton video berkenaan, sakit hati dan berang dengan perbuatan cikgu taska berkenaan.



Nasib baik perkara ini menjadi viral dan cikgu itu kini ditahan polis. ramai yang mahu cikgu itu dikenakan hukuman yang berat.

Sebelum ini seorang ibu mangsa dera ada membuat luahan hatinya yang mana sayu menonton video anaknya kena dera. (BACA SINI)

Kini seorang lagi ibu kepada mangsa dera tampil membuat luahan hati. memang amat sedih baca luahan wanita ini. Tersentuh hati membacanya.



Ini luahan hati ibu kepad anak yang didera.

Luahan…

Aku bersyukur sangat, kalau tak disebabkan cikgu Atika viral video ni, sampai bila-bila kekejaman berlaku kat taska ppkk, aku sedih sangat, aku paksa anak aku gi sekolah, aku cakap, kalau baby tak nak gi sekolah mama tak nak belikan mainan, patutla setiap kali hantar ke school mesti die akan menangis dan merayu, ibu jangan tinggal baby, ibu tolong baby, nanti bila waktu pagi, kejutkan baby pergi school dia buat-buat meninggal, Ya Allah sedihnya, baru la aku tahu kenapa peha baby lebam-lebam.

Bila tanya “Kenapa kaki baby lebam-lebam? Siapa buat?”

“Kawan baby buat”

Cikgu-cikgu saiko anak aku sampai macam tu sekali, baru lepas 6-7 hari tangan kanan ada kesan gigit, tak sangka, bila tanya “siapa buat baby?” Dina gigit baby. Rupanya, pada 11/8 aku terbaca polis report kes dera kat taska anak aku, berderau darah aku, sedihnya luluh hati ni.

Bila teringat kesan-kesan lebam, bila tengok video tu, anak pegang beg tunggu turn, banyak sangat da berlaku kat my baby, setiap kali kalau aku yang hantar, pasti aku belikan sarap untuk cikgu-cikgu tu, sebab kenangkan jasa die jaga anak aku dalam keadaan baik, tapi rupanya syaitan!!!!!




Aku siap suggest kat kawan aku taska tu ok, kawan aku hantar anak die kat taska tu, sebab percaya aku, maaf Diera Nadiera. Aku bersalah sangat, Ada beberapa kali bila kemas baju kotor anak, ada seluar terkena kencing, sebab apa punca kencing dalam seluar kenapa??????

Bila tanya cikgu,”kenapa baby kecing dalam seluar?”

“Baby nak ke tandas baby nangis sampai terkecing puan”

Ya allah selama 10 tahun, dari umu anak sulung hantar ppkk, sampai transit, rupanya aku hantar anak kat tempat orang yang punya hati busuk!!! Takde belas kasihan, maafkan ibu baby, selama ni paksa anak ibu pergi sekolah… Please Alert apa yang terjadi, selama ni tengok video anak orang lain, bila tengok taska anak sendiri, Ya Allah tak boleh aku gambarkan perasaan aku ni, luluh hati ini, kes dalam siasatan, berharap biar cikgu-cikgu yang zalim tu kene tindakan yang setimpal, selama ni ibubapa beri kepercayaan, tapi ko buat anak aku cmniiiii…. Ya allah…… Ape pun terima kasih pada owner, cikgu erni ambil tindakan.


Sumber: Nordiana



Di harap kes ini dijadikan ikhtibar kepada para pengajar taska di luar sana. Di harap sayangilah anak kecil itu dan janganlah mendera mereka. -PENMERAH

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MiohCv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.