Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Fikir dulu, hormati perasaan kami" - Ras Adiba Radzi BANTAH Golongan LGBT Guna Toilet OKU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Fikir dulu, hormati perasaan kami" - Ras Adiba Radzi BANTAH Golongan LGBT Guna Toilet OKU

 
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), iaitu YB Fuziah Salleh telah membuat cadangan agar golongan yang keliru identiti LGBT boleh menggunakan tandas orang kelainan upaya (OKU) ketika berada di tempat awam.

Saranan dari Ahli Parlimen Kuantan itu tak dipersetujui oleh bekas pembaca berita yang juga merupakan OKU, Ras Adiba Radzi.



Ras Adiba Radzi meluahkan rasa hatinya menerusi satu surat terbuka di laman Facebook hari ini.

Antar intipatinya, Ras Adiba Radzi menyatakan tandas khas untuk OKU sering disalah gunakan oleh orang ramai dan saranan YB Fuziah ini seperti ini membuatkan golongan OKU berasa tak dihormati dan berang.

Ini kandungan surat terbuka Ras Adiba Radzi buat YB Fuziah Salleh:



"Surat terbuka kepada YB Fuziah Salleh.

"Assalamualaikum YB. 


"Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.

"Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?

"Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.

"Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?

"Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?




"Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah. 


"Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
 

"Assalamualaikum

"Ras Adiba Radzi
"Pengerusi dan Pengasas
"Persatuan OKU Sentral.


Sumber: FB Ras Adiba Radzi

Luahan Ras Adiba Radzi ini mendapat sokongan dari ramai pihak, malah Ras Adiba Radzi juga sedang membuat petition untuk membantah saranan ini. -PENMERAH





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KVaPPc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.