Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Jangan rampas hak kami.. saya rasa tidak selamat" - Komuniti OKU Luah Perasaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Jangan rampas hak kami.. saya rasa tidak selamat" - Komuniti OKU Luah Perasaan

 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Fuziah Salleh telah memberi komen mengatakan bahawa golongan LGBT boleh menggunakan tandas OKU sebagai penyelesaian jangka pendek untuk masalah isu tandas.

Ekoran saranan itu, bekas penyampai berita yang juga seorang OKU iaitu Ras Adiba Radzi ada menyuarakan rasa tak setuju dengan kenyataan berkenaan  malah meminta Timbalan Menteri memohon maaf kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).



Kini lebih ramai pihak dari komuniti OKU melahirkan rasa tak setuju dengan kenyataan berkenaan.

Ada yang merasakan ianya sebagai merampas hak golongan OKU dan merasakan terpinggir dengan fasiliti selama ini yang tidak lengkap untuk mereka kini terpaksa berkongsi dengan LGBT pula.

Ini luahan dari beberapa golongan OKU yang melahirkan rasa kurang senang tentang isu ini.



Ini komen Abdul Malik:

"Ini tandas pula, jika golongan ini ada yang menghidap penyakit berbahaya, kami lebih mudah terdedah untuk dijangkiti kerana antibodi kami yang lebih lemah berbanding orang normal.

"Jika kami tidak diberi kemudahan secukupnya tapi janganlah rampas hak kami pula, gunalah tandas lelaki dan wanita mengikut fitrah asal"



Ini komen Nor Azizah:

"Saya tidak setuju dengan cadangan kerajaan, saya seorang wanita yang kurang upaya dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain, jika mahu berkongsi dengan lelaki, saya rasa tidak selamat.

"Sekiranya wanita normal sendiri boleh meluahkan rasa bimbang mengenai transgender menggunakan tandas mereka, bagaimana dengan kami, tentu kami lebih bimbang berbanding orang normal"



Amin Ridzuan pula menyatakan komennya:

"Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam, adalah lebih baik mengikut landasan yang ditetapkan agama dan pasti masalah itu dapat diselesaikan tanpa mengorbankan keistimewaan komuniti OKU"

Sumber: Berita Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KTYuej

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.