Google Pixel 3 XL Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Takuk Bersaiz Besar
Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL adalah peranti Pixel terbaru yang ramai peminat Android asli nantikan. Selepas pelbagai informasi tertiris – kini set penuh Pixel 3 XL tertiris. Ia memperlihatkan kehadiran takuk yang besar serta set fon telinga seakan Pixel Buds tersedia dalam kotak.
Video ini pada awalnya ditiris melalui saluran Telegram dari Ukrain. Ia dikatakan adalah set pra-keluaran. Menarik sekali, di dalam video nyahkotak ini, ia turut memperlihatkan di mana terdapat set fon telinga USB-C disertakan dengan rekaan seakan Google Pixel Buds.
Pixel 3 XL yang dikatakan berwarna Clearly White ini dilihat dijana dengan Snapdragon 845, memori 4GB RAM, 64GB storan, skrin bertakuk berresolusi 1440 x 2960 dan juga panel belakang yang dilihat seperti gabungan kaca dan plastik.
Google dikatakan bakal melancarkan Pixel 3 pada tarikh yang sama dengan Pixel dan Pixel 2 iaitu 4 Oktober kelak. Jika benar ini adalah rekaan akhir serta set yang akan dijual – berapa pula harganya?
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vSAZNj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment