Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mate 20 Dijangka Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar – Lebih Tinggi Daripada 4000mAh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mate 20 Dijangka Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar – Lebih Tinggi Daripada 4000mAh

Huawei mempunyai dua peranti mercu yang akan diperkenalkan setiap tahun, iaitu satu dibawah siri-P, dan satu lagi dibawah siri-Mate. Dengan bulan Oktober menjelang tiba, semestinya ramai yang menantikan kemaskini untuk Mate 10 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan apakah lagi inovasi yang bakal disertakan bersama-sama dengannya.

Terkini, melalui sebuah gambar kad promosi untuk Mate 20, ia dilihat Huawei telah mula hadir dengan beberapa promosi acah awal untuk telefon pintar akan datang berkenaan.

Huawei Mate 20 Acahan Bateri

Daripada gambar yang dikongsikan oleh Pocket-Lint ini, ia memberikan petanda yang mana Huawei Mate 20 akan menawarkan kapasiti bateri yang lebih tinggi berbanding peranti mercu mereka yang lain.

Untuk makluman, pada tahun lepas, Mate 10 Pro telah hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Gambar acah terbaru ini memperlihatkan Mate 20 akan menawarkan kapasiti bateri yang lebih tinggi berbanding dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Huawei melalui telefon pintar akan datang mereka ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2niT6rI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.