Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meizu 16 Dan Meizu 16 Plus Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meizu 16 Dan Meizu 16 Plus Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Meizu hari ini telah melancarkan telefon pintar mercu terbaru mereka untuk pasaran China, iaitu Meizu 16. Telefon pintar ini hadir dalam dua variasi – Meizu 16 dan Meizu 16 Plus, dan menawarkan spesifikasi yang tinggi bersama-sama dengannya.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin – yang mana menjadi salah satu trend pada tahun ini dalam menawarkan rekaan skrin menyeluruh nirbingkai.

Meizu 16

Dari segi spesifikasi, Meizu 16 hadir dengan skrin 6-inci Super AMOLED, menggunakan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3100mAh.

Untuk Meizu 16 Plus pula, ia hadir dengan skrin sedikit besar, iaitu 6.5-inci Super AMOLED, dan turut hadir dengan pilihan storan sehingga 256GB UFS 2.1.

Meizu 16

Kedua-dua peranti ini menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12-megpaixel dan 20-megapixel dibelakang, sementara kamera 20-megapixel dihadapan yang turut digunakan untuk nyah-kunci peranti berasaskan wajah.

Buat masa ini, Meizu hanya mengumumkannya untuk pasaran China sahaja, dimana ia dijual pada harga bermula RMB2698 iaitu sekitar RM1607.

Meizu 16



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MrmNlu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.