Ini Adalah 11 Aplikasi Pengurusan Kewangan Dari Pembangun Tempatan Yang Diketengahkan Pada Program Alpha Startup
Baru-baru ini, telah berlangsungnya program Alpha Startup: Fintech Edition Demo Day di 1337 Ventures, KL Trillion yang telah menampilkan 11 startup utama dalam bidang kewangan. Edisi Fintech ini hadir bersama konsep membantu para usahawan memanfaatkan teknologi mereka dengan mengenal pasti peluang-peluang baru dalam industri kewangan dan teknologi. Berikut adalah 11 startup yang telah membentangkan idea mereka pada program tersebut:
LaterPay
LaterPay merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada pembayaran untuk membeli kandungan digital. Melaluinya, ia membolehkan para penerbit kandungan digital, dan penyedia perkhidmatan digital untuk menerima bayaran atau menerima sumbangan daripada pengguna.
Layari : LaterPay
Buku555
Kini, Buku555 telah diberi nafas baru dimana aplikasi Buku 555 dicipta bagi memudahkan pengguna untuk mencatat hutang-hutang mereka. Secara kasar, ia berfungsi seperti versi digital untuk Buku 555 yang terkenal digunakan ramai untuk mencatatkan hutang. Malah, pembangun aplikasi ini juga bakal hadir dengan ciri baru pada aplikasi iaitu pembayaran secara terus menggunakan tetapan aplikasi berkenaan. Dengan itu, pengguna tidak perlu lagi khuatir untuk melakukan sebarang sebarang aktiviti pembayaran menerusi telefon pintar.
Layari : Buku555
Gurudian
Gurudian pula adalah laman yang menggunakan sistem pengurusan kewangan pembayaran kepada pengguna. Konsep perkhidmatan yang ditawarkan adalah mendidik pengguna berkenaan pengurusan kewangan secara tepat. Kelebihan yang ada pada aplikasi yang ditawarkan adalah pengguna boleh membuat pelbagai pembayaran dalam satu masa. Pengguna juga turut akan menerima khidmat pengurusan kewangan secara percuma tanpa sebarang cas melalui aplikasi ini.
Layari : Gurudian
IIMMPACT
Hadir dengan revolusi yang baru dalam aplikasi dompet digital, IIMMPACT menawarkan pengurusan tambah-nilai prabayar dan pembayaran wang tunai pada kadar potongan harga yang tertentu. Apa yang menarik juga buat pengguna yang ingin melakukan sebarang transaksi wang ke luar negara, anda tidak perlu risau kerana tiada sebarang caj dikenakan keatas pemindahan wang tersebut. Fokus utama mereka seterusnya adalah ingin berkolaborasi bersama sistem pengangkutan awam dengan memberikan potongan harga bagi setiap pembelian tiket menerusi aplikasi IIMMPACT.
Layari : IIMPACT
Mback Pay
Mback Pay juga adalah aplikasi yang menawarkan perkhidmatan dompet digital. Mback Pay menyediakan konsep penyelesaian bayaran setempat ke luar negara untuk para pedagang dan pengguna di Asia Tenggara. Penggunaan aplikasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepada peniaga dan orang awam. Bagi peniaga, kelebihan yang dimiliki menerusi aplikasi ini adalah tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan dari segi pemasangan aplikasi mahupun transaksi yang berlaku. Ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan rangsangan pelanggan. Manakala, pengguna pula dapat membuat pilihan untuk kaedah bayaran, tidak perlu membawa atau menukar wang tunai dan pelbagai promosi diskaun disediakan.
Layari : Mback Pay
MicroLeap
MicroLeap hadir dengan konsep pembiayaan mikro yang memberi tumpuan kepada kualiti dan inovasi pengurusan insuran dalam pinjaman. Konsep ini juga dikatakan mampu menampung pembayaran hutang pengguna. Selain itu, melalui perkhidmatan yang disediakan, mereka ingin mengurangkan kadar kos perolehan pelanggan (Customer Acquisition Customer).
Layari : MicroLeap
Orderutan
Orderutan adalah sistem yang menawarkan pengurusan pesanan bagi memudahkan aliran kerja anda. Ini sekaligus menjadikan anda lebih produktif, kurang tertekan, dan memudahkan anda menerima pesanan melalui pelbagai platform. Menggunakannya, anda hanya perlu muat-naik imej dan isikan butiran pesanan. Seterusnya, anda akan meerima notifikasi pautan produk untuk dikongsi di kesemua saluran media sosial anda. Orderutan juga bakal hadir dengan ciri baru seperti bahagian analisis, profil pelanggan dan pelbagai promosi menarik lagi. Kini semua pelanggan anda boleh membeli barang anda di mana-mana sahaja.
Layari : Orderutan
Diraku
Konsep utama Diraku adalah mencari penyelesaian digital kepada institusi kewangan dalam pengurusan pelanggan bagi mengembangkan pasaran baru FX dengan membina platform pengiriman wang digital. Mereka turut membuka ruang pada kemasukan kewangan IKS di ASEAN. Dengan membantu institusi kewangan dalam pendigitalan ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Anda juga dapat mengetahui kemaskini terbaru berkenaan pasaran FX oleh pakar pada bila-bila masa sahaja melalui Diraku.
Layari : Diraku
Senang
Senang adalah sistem yang mengakses kepada insurans dan boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko yang dihadapi oleh isi rumah miskin, perusahaan kecil dan sederhana (MSME). Ia dijayakan dengan melancarkan penggunaan, aset bangunan, kejutan menyerap, dan menguruskan risiko yang berkaitan dengan pendapatan tidak terancang dan tidak menentu. Ia juga melindungi privasi syarikat dan menyediakan polisi percuma.
Memori
Memori menyediakan platform insuran bagi memberi penekanan kepada masyarakat berhubung dengan kebajikan mereka di masa hadapan. Idea ini mula dibentuk apabila mereka melihat kekurangan dari segi penyediaan pengurusan kewangan keluarga si mati. Oleh itu, pihak Memori berasa bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan insuran kebajikan ini kepada orang ramai. Selain itu, perkhidmatan insuran wasiat juga turut ditawarkan.
Layari : Memori
Riskifier
Riskifier hadir dengan konsep pelaburan analisis sentimen sosial kriptografi bagi mencapai keputusan pelaburan yang lebih baik. Malah ia adalah sistem alat penapisan risiko pelabur yang diasaskan semasa program Inkubator dan Pemecut F10 Fintech di Switzerland. Sistem pelanggan ini dapat menjamin peningkatan pada persekitaran pelaburan menjadi lebih terkawal. Ia juga mampu membantu institusi kewangan untuk mematuhi peraturan, sambil mendidik pelanggan mereka dan memperoleh pandangan yang berharga untuk menawarkan rangkaian produk pelaburan yang disesuaikan.
Jadi, ini adalah 11 aplikasi dan perkhidmatan memfokuskan kewangan yang telah dibentangkan pada Alpha Startup: Fintech Edition Demo Day baru-baru ini. Bagi anda yang mempunyai idea web atau perkhidmatan tersendiri, mungkin turut boleh menyertai 1337 Ventures dan memperkembangkan idea anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nmru5b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment