Hi! Welcome Back and Stay Tune! NZXT Memperkenalkan Rangka PC H700 Edisi Terhad Bertemakan Nuka Cola Dari Siri Permainan Video Fallout - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NZXT Memperkenalkan Rangka PC H700 Edisi Terhad Bertemakan Nuka Cola Dari Siri Permainan Video Fallout

Rangka komputer bertemakan permainan video biasanya hadir melalui para pembina komputer yang mengubahsuai rangka sedia ada kepada tema yang dikehendaki.

NZXT, jenama rangka dan aksesori komputer terkemuka baru-baru ini bekerjasama dengan Bethesda Softworks, sebuah syarikat pemaju permainan video yang terkenal untuk tajuk-tajuk permainan seperti Elder Scrolls dan Fallout untuk membina sebuah siri rangka edisi terhad berdasarkan minuman Nuka Cola dari siri permainan video Fallout.

Dari segi rekaan, rangka H700 edisi Nuka Cola ini diberi cat warna merah dan hitam, lampu LED dan juga rekaan luaran yang membuatkan rangka tersebut kelihatan seperti tempat menyimpan minuman Nuka Cola tersebut.

NZXT berkata bahawa rangka H700 edisi Nuka Cola ini akan hadir di dalam kuantiti yang terhad sebanyak 2000 unit sahaja di seluruh dunia. Di samping itu, NZXT juga mengumumkan penutup besi untuk papan induk N7 Z370 mereka yang juga bertemakan Fallout. Penutup besi ini juga akan hadir dalam kuantiti yang sangat terhad, sebanyak 400 unit sahaja.

Menurut NZXT, rangka PC ini sudahpun mula dijual di kedai-kedai PC pada harga €299.90 (~RM1414).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vQnk9u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.