Hi! Welcome Back and Stay Tune! iOS 12 Beta 5 Mengesahkan iPad Pro 2018 Mempunyai Bingkai Nipis Dan Tiada Takuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iOS 12 Beta 5 Mengesahkan iPad Pro 2018 Mempunyai Bingkai Nipis Dan Tiada Takuk

Minggu lepas, kami laporkan di mana Macotakara mengatakan iPad Pro 2018 tidak akan mempunyai bicu audio 3.5mm dan juga ia akan menggunakan rekaan bingkai nipis. Terkini, dalam firmware iOS 12 Beta 5 – iPad Pro 2018 ini disahkan tidak bertakuk serta menggunakan rekaan bingkai nipis.

Perkara ini disahkan apabila ikon dalam firmware iOS 12 Beta 5 menunjukkan rekaan iPad tersebut. Selain itu ia turut tidak mempunyai fungsi TouchID – kerana ikon tersebut tidak menunjukkan perkara sedemikian. Menjadi persoalan adalah – jika tiada takuk dan tiada TouchID, bagaimana Apple akan mengintegrasi sistem sekuriti? Ini kerana teknologi True Depth pada iPhone X memerlukan takuk untuk meletakkan sensor-sensor 3D bagi mengimbas wajah untuk nyahkunci.

Berkemungkinan besar, bingkai iPad Pro 2018 ini adalah tidak terlalu nipis seperti yang diperlihatkan dalam rekaan konsep. Mungkin jurutera Apple boleh memuatkan sensor di kawasan kamera swafoto. Jadi, adakah Apple akan memulakan trend baru dengan menggunakan “dahi” lebar selain daripada takuk?

Sama-sama kita nantikan pelancaran iPad Pro 2018 akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LKTm1d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.