Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sewa kem mahal punca perbelanjaan PLKN tinggi, kata Mat Sabu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sewa kem mahal punca perbelanjaan PLKN tinggi, kata Mat Sabu

Menteri pertahanan itu berkata 43% daripada perbelanjaan adalah untuk sewa kem yang dilihat mempunyai ketirisan.
Mat Sabu berkata PLKN tidak akan dibatalkan jika terdapat desakan supaya program PLKN diteruskan. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kos perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melambung tinggi berpunca daripada kos sewa kem latihan terlalu mahal, selain kokurikulum tidak bertepatan dengan semangat cintakan negara.
“43% daripada perbelanjaan adalah untuk sewa kem, bukan untuk kokurikulum dan lain-lain. Kita lihat ada ketirisan daripada penyelenggaraan yang perlu diperbaiki dan dilihat semula.
“Satu jawatankuasa bawah kementerian sedang berhempas pulas membuat kajian semula untuk bentang pada Kabinet. Kalau nak teruskan kena tengok perbelanjaan, kenapa sewa kem, sewa bas begitu mahal dan apa hala tuju belia selepas PLKN, adakah capai apa dikehendaki,” katanya di Dewan Rakyat.
Mohamad juga berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum memuktamadkan keputusan akhir untuk membatalkan program PLKN.
Katanya, jika terdapat desakan supaya program PLKN diteruskan, kerajaan akan memastikan kos operasinya tidak terlalu tinggi sepertimana dilakukan pentadbiran lepas.
“Manifesto PH menetapkan PLKN akan dibatalkan kerana dianggap tak memenuhi objektif yang digariskan dan penuh dengan pembaziran.
“Namun mengambil kira pandangan ibu bapa, bekas pelatih dan agensi kerajaan berkaitan, satu kajian semula sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan bagi menilai keberkesanan dan implikasi penutupan PLKN sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.
“Ia termasuk kemungkinan untuk diadakan pengubahsuaian dan penjimatan jika terdapat keperluan untuk teruskan program ini,” katanya.
Beliau berkata, sejak 2004 program PLKN bermula kos secara keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM8.43 bilion dalam tempoh 14 tahun.
“Sejak dimulakan pada 2004 jumlah dibelanjakan ialah RM 8.43 bilion sepanjang 14 tahun pelaksanaannya, 885,956 belia dilatih dan 356,411 bekas pelatih sertai briged sukarelawan khidmat negara yang ditubuhkan bagi mereka terus sumbang secara sukarela.
“Beberapa kajian bebas telah dilaksanakan bagi menilai keberkesanan PLKN dan hasilnya mendapati ada peningkatan positif bagi dari segi patriotisme dan integrasi nasional dalam diri pelatih,” katanya.
Jun lalu, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengumumkan PLKN kumpulan 3 tahun ini ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pengambilan peserta sudah melebihi sasaran 20,022 orang yang ditetapkan.
Menerusi manifesto PH, program PLKN akan dihapuskan kerana mendakwa ia suatu pembaziran dan tidak memberi impak yang besar kepada golongan besar. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AyS4RS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.