Hi! Welcome Back and Stay Tune! KHAZANAH DI ERA NAJIB YANG MEMALUKAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KHAZANAH DI ERA NAJIB YANG MEMALUKAN

Selain 1MDB yang diketahui umum banyak menanggung hutang dan kerugian sehingga kerajaan terpaksa menanggung segala bebanannya, kini Khazanah juga rupa-rupanya tidak kurang “kong kali kongnya” sewaktu era pentadbiran Najib Razak dahulu.
Belum habis perbualan rakyat mengenai  lesapnya wang berjumlah RM3 bilion dalam pelaburan bank yang tidak menjadi di Switzerland, Khazanah juga didapati ada melabur dalam perniagaan pakaian dalam serta coli wanita yang akhirnya menanggung kerugian sebanyak RM80 juta.
Siapakah yang menasihati Najib Razak sehingga beliau selaku Pengerusi Khazanah setuju untuk melabur dalam perniagaan pakaian dalam dan coli wanita itu?
Kenapa Khazanah yang dipengerusikan Najib berminat dalam perniagaan seperti itu?
Tiadakah perniagaan lain yang lebih menarik hati untuk diceburi oleh Khazanah?
Lebih daripada itu, bagaimana pula boleh rugi sehingga sebanyak RM80 juta banyaknya?
Apakah tidak dikaji dengan mendalam terlebih dahulu atau penglibatan dalam perniagaan pakaian dalam dan coli wanita itu disebabkan ada muslihat dan kepentingan lain?
Aduhhh….betul-betul memalukan Melayu begini!!!
Bayangkan jika Najib, UMNO dan BN tidak tumbang dalam pilihanraya 9 Mei lalu, barangkali lebih banyak kerugian, wang lesap atau penglibatan dalam perniagaan-perniagaan mengarut yang akhirnya semua bebannya terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Sebab itu, apabila Tun Mahathir kini mengambil alih teraju Khazanah dengan matlamat utama agar badan pelaburan utama kerajaan itu tidak menyimpang daripada matlamat asalnya, kita sebagai rakyat seharusnya bersyukur dan menerima perubahan itu dengan tangan yang terbuka.
Yakinilah kemampuan Tun Mahathir dan sebagaimana kita telah memenangkan Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan, kita juga mesti memberi sepenuh keyakinan kepada beliau sebagai Perdana Menteri untuk memastikan Khazanah bukan saja sentiasa berada di landasan yang betul, tetapi juga memperolehi keuntungan dalan setiap pelaburannya.
Sebagai entiti pelaburan utama kerajaan, memang sepatutnya Tun Mahathir menerajui Khazanah bagi memastikan pelencongan matlamatnya seperti yang berlaku di era Najib dahulu tidak berulang lagi.
– https://ift.tt/HB7gd4


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AyQkIb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.