Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN

Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN. Bisnes tudung yang pada pengamatan saya antara bisnes yang anda boleh buat tanpa perlu buka kedai. Tambahan pula zaman sekarang dah moden dan anda juga boleh buat secara online.


Jual Tudung antara bisnes yang pernah saya buat dengan pasangan saya (isteri saya sekarang). Masa tu kami di salah sebuah IPTA tempatan. Idea nak jual tudung ni datang dari wife dan kawannya. Jadi kami pun bincang nak mulakan bisnes tudung dan kami jadikan duit PTPTN sebagai. Modal kami dari duit PTPTN bukannya besar. Kami mulakan secara kecil-kecilan dulu.


Sasaran pelanggan adalah kawan-kawan terdekat, pelajar-pelajar lain dan juga kami jual secara online. Alhamdulillah dengan modal yang kecil kami dah dapat untung. Kami boleh tambah pendapatan sampingan. Siapa kata sambil belajar tak boleh cari side income. Nak dengan tak nak je kan? Tepuk dada tanya selera kan?


Itu kisah saya beberapa tahun lepas dan pada masa yang sama waktu saya juga dah mula berblogging. Daripada tak dapat apa-apa RM dari internet akhirnya saya berjaya sampai sekarang pun masih merasa income dari blog khususnya. Bukan nak menunjuk just nak bagi motivasi bagi anda. Ok :-)


Baiklah, berbalik kepada kisah jual tudung modal duit PTPTN.


Kalau anda nak tahu perkara yang sama juga dah dibuat oleh sorang awek ni. Boleh berkenalan dengan beliau kat sini.

bisnes-jual-tudung

Madihah Mustafha
Founder Madihah Scarf
& Penulis Ebook Rahsia Bisnes Tudung

Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN


Beliau telah memulakan perniagaan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi waktu beliau tengah menuntut di IPT. Mulanya beliau buat secara suka-suka je dan jual tudung kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari beliau. Maklumlah, tudung yang beliau jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang  dijual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik.

Bila beliau dah sedar permintaan semakin meningkat terhadap tudung yang beliau jual akhirnya bermulalah ke langkah yang seterusnya. Beliau bertekad untuk jual tudung dengan lebih serius lagi walaupun kekangan modal yang besar.


Bergelar seorang pelajar tapi itu bukan penghalang. Beliau gunakan duit PTPTN untuk dijadikan modal untuk beli stok tudung. Pada mulanya beliau hanya berbekalkan modal RM600 sahaja dan dengan modal ini beliau "rolling" untuk menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan. Akhirnya beliau berjaya. Maknanya walaupun masih belajar beliau dah tahu cara hasilkan 4 angka sebulan.


Inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan dan rezeki bagi orang yang teruskan berusaha. Bermula daripada situ beliau tahu bahawa adanya potensi besar dalam bisnes tudung.

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?


Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.
Di mana nak cari supplier?

  1. Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  2. Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  3. Mana nak cari tukang jahit?
  4. Berapa harga nak letak?
  5. Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  6. Kat mana nak jual?
  7. Macam mana nak buat ayat iklan?
  8. Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?

Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul kan? Namun begitu, berita baiknya... Dalam sibuk-sibuk menjual tudung beliau telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!

Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan... maka, akhirnya beliau kongsikan ilmu berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Segala ilmu dan pengalaman beliau kongsikan dalam buku ini. Kepada anda yang berminat untuk berniaga tudung saya galakkan anda baca buku ini daripada beliau. [Baca Buku Ini Sekarang]

Sekian sahaja perkongsian dari saya semoga berjaya.




✍ Sumber Pautan : ☕ Blog Azzahairi

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LCiaUi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.