Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada halangan bukan-Islam jadi perdana menteri, kata pakar perundangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada halangan bukan-Islam jadi perdana menteri, kata pakar perundangan

Shad Saleem Faruqi mempersoal rasa tidak senang berhubung pelantikan orang bukan-Melayu dan bukan-Islam ke jawatan kanan kerajaan.
Shad berkata sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia seharusnya menjadi masa sesuai untuk mempromosi kesaksamaan dan menolak diskriminasi.
PETALING JAYA: Seorang pakar undang-undang berkata kritikan berhubung pelantikan orang bukan-Islam ke jawatan kanan kerajaan tidak mempunyai asas, dan menambah rakyat Malaysia harus bersedia menerima kesaksamaan, termasuk menerima orang bukan-Melayu sebagai perdana menteri.
“Memang ada kemungkinan pada suatu masa kelak orang Sarawak, Sabah atau bukan-Melayu dilantik menjadi perdana menteri” kata profesor undang-undang dari Universiti Malaya, Shad Saleem Faruqi pada satu forum mengenai ras dan agama malam tadi.
“Beliau hanya perlukan sokongan majoriti di Dewan Rakyat,” katanya, dan menambah perlembagaan persekutuan tidak mengkhususkan jawatan tersebut kepada mana-mana ras, agama atau gender.
Beliau berkata, jawatan ketua menteri atau menteri besar juga terbuka kepada orang bukan-Melayu dan amalan semasa di beberapa negeri memastikan jawatan itu dipegang oleh orang Melayu dibuat kerana realiti demografinya.
“Tetapi perlu diingat bahawa konvensyen bukan undang-undang,” katanya.
Shad berkata, dalam perlembagaan persekutuan telah tersedia jaminan berhubung perlindungan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera daripada “diketepikan” seperti dakwaan sesetengah pihak.
Katanya kritikan berhubung pelantikan peguam negara, menteri kewangan dan ketua hakim negara adalah tidak wajar.
“Ras dan agama tidak ada tempat sama sekali dalam isu sebegini,” katanya, merujuk kepada pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Tommy Thomas sebagai peguam negara dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara.
Thomas merupakan orang bukan-Melayu pertama dilantik sebagai peguam negara dalam tempoh 50 tahun, sementara Richard Malanjum adalah orang bukan-Islam dan anak Malaysia Timur pertama dilantik ke jawatan kehakiman tertinggi negara.
Shad berkata sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia seharusnya menjadi masa sesuai untuk mempromosi kesaksamaan dan menolak diskriminasi. - FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2oggmXY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.