Telegram v4.9.1 Mempunyai Pengecualian Notifikasi, Mengeksport Data Ke Desktop Dan Banyak Lagi
Telegram adalah satu aplikasi permesejan yang mudah digunakan dan penuh dengan pelbagai ciri dan fungsi. Sebelum ini mereka perkenalkan fungsi ‘Mark As Read’ untuk notifikasi Android. Kini, fungsi pengecualian notifikasi, mengeksport data ke desktop dan beberapa lagi ditambah pada versi v4.9.1.
Fungsi pengecualian notifikasi ini terdapat di bahagian tetapan notifikasi dan bunyi “Exceptions”. Melalui “Exceptions” pengguna boleh mengasingkan perbualan dengan notifikasi berbeza atau juga terus mematikan notfikasi untuk sesuatu masa. Selain itu, di Telegram Desktop pengguna kini boleh mengeksport semua data ke dekstop untuk membuat simpanan atau sandaran.
Kemudian, Telegram Passport yang diperkenalkan pada bulan lalu kini menyokong lebih banyak data serta boleh menterjemah dokumen dari bahasa lain. Kata laluan pada Telegram Passport pula kini menerima penambahbaikan pada algoritma hashing untuk sekuriti yang lebih baik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2C5e6N5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment