Hi! Welcome Back and Stay Tune! TELEKUNG SOLAT MURAH GILER! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TELEKUNG SOLAT MURAH GILER!

TELEKUNG SOLAT MURAH GILER! Sapa kat sini ada masalah dengan size telekung solat macam saya. Serius saya dari dulu ada masalah bila nak beli atau guna telekung solat ni. Sebab saya jenis tinggi & size muka agak kanak kanak kan? Nak beli telekung kanak kanak ni kekadang2 macam tak berapa sesuai pulak tapi kalau guna yang adult punya.. mesti problem utama bahagian muka besar & terpaksa pakai inner nak menutup bahagian terbuka tu.


Saya pulak alah membeli menang memakai jer.. Maksudnya takde la nak kejar design terkini ke apa.. pakai je apa yang ada selagi elok. Dari cotton ke lycra semua tak tak ikut trend.. saya akan beli bila saya rasa perlu beli je. Dan saya sejenis yang bukan kejar brand.. Memang jarang tengok brand bila nak beli pakaian apatah lagi pakaian solat ni kan. Asal kualiti & harga yang berbaloi dalam kemampuan nak bayar tu memang saya rembat jer...

Semalam kebetulan family datang dari kedah ajak jalan jalan KL.. pergi la area sogo sana. Kat situ ada satu kedai nama kedai dia Muaz. Dia memang jual pakaian muslimah jer.. tudung, shawl, telekung solat, blaus segala bagai ada la kat situ. Tapi serius harga kat situ memang berganda murah dari tempat2 lain. Separuh harga dari harga yang kita tengok kat tempat lain.

Terpandang telekung solat (Telekung Arafah) yang dia gantung luar kedai dengan harga RM14.80. Tengok berkali kali jugak takut salah pandang sebab selalu saya nampak telekung ni jual antara harga RM30 - RM35 kalau online (Tapi ada jugak yang shopee jual harga RM17.00++ sepasang cuma rasanya kena ambil borong). kedai sebelah Muaz pun jual harga RM35. Tetiba dia je jual RM14.80. Sedang elok la kan.. dah lama rasanya tak ganti telekung baru ni. Apa salahnya... Harga terlajak murah macam tu tak salah nak bercantik cantik mengadap Allah. Tak pun boleh simpan untuk kegunaan family datang kerumah kalau nak solat ke kan..

Telekung Arafah (Telekung Solat)

Pertama tengok kain.. Kualiti kain dia jenis jersi tapi ok tak la panas sangat. Kain dia berat so bila pakai elok terletak. Tak ada la kalau solat kat masjid orang saf depan & belakang termasuk dalam telekung kalau kena kipas. Sebab kain dia berat so dia tak la berterbangan & mengerbang. Tu pun faktor penting pilih telekung solat ok supaya kalau solat berjemaah tak ganggu jemaah lain bila telekung kita berterbangan di tiup angin kipas ok!

Kedai Muaz ni terletak tak jauh dari sogo. Dekat deretan kedai2 kat situ juga la. Selain jual telekung.. Ada banyak jugak tudung, shawl, pakaian muslimah yang lain dengan harga memang jauh lebih murah berbanding tempat lain. So kalau sesekali datang KL atau memang warga KL yang masih tak tau kewujudan kedai Muaz ni.. boleh pi cari. Lokasi hangpa google la yer.. kekekekekeke

Cuma leceh sikit kalau bawa kereta masuk KL ni.. jam & masalah parking. Parking berbayar dah tentu mahal.. Nak parking ikut sedap bontot satgi kena saman.. Parking haram pun harga yahudi jugak. Tapi kalau naik pengangkutan awam tu lebih mudah la cuma kena bersenam sikit la yer. Jalan2 keluarkan peluh.

Jadi kalau ada yang nak cari telekung solat (Telekung Arafah) murah boleh terjah ke kedai Muaz cuma tak sure yang harga RM14.80 tu limited stok atau memang harga kat situ macam tu. Yang pasti kebanyakkan pakaian muslimah (termasuk telekung,shawl, tudung, baju, seluar etc) memang harga dia lebih murah berganda dari tempat lain.

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wjqpQc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.