Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waspada Cubaan Phishing Menggunakan Laman Web KWSP Palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waspada Cubaan Phishing Menggunakan Laman Web KWSP Palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengenal pasti mesej tular yang mendakwa bahawa ahli-ahli yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 dari KWSP. KWSP menegaskan bahawa mesej tular dan kandungan laman web tersebut adalah PALSU dan tidak berkaitan dengan KWSP.

Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima 'insentif' tersebut (lihat paparan laman web palsu).

 

Imej laman web palsu yang sedang disebarkan melalui mesej rantai

KWSP percaya bahawa ini merupakan cubaan penipuan data peribadi ahli bagi tujuan berunsur jenayah. Ahli-ahli digesa supaya tidak klik pada pautan tersebut atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan. Ahli juga diseru supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut.

Semua maklumat rasmi mengenai produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my. Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.

Dikeluarkan oleh: 
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 28 Ogos 2018

 



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wmxHml

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.