Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon SageMaker RL Diperkenalkan – Membolehkan Pembangun Melakukan Reinforcement Learning - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon SageMaker RL Diperkenalkan – Membolehkan Pembangun Melakukan Reinforcement Learning

Pada acara AWS re:Invent tahun lalu, Amazon SageMaker telah diperkenalkan, iaitu satu cabang perkhidmatan AWS yang membolehkan pembangun mencipta serta melatih pembelajaran mesin (Machine Learning). Selang setahun, hari ini perkhidmatan SageMaker diluaskan bagi meliputi satu lagi dunia kecerdasan buatan iaitu Reinforcement Learning

Bagi mencipta sesuatu kecerdasan buatan, mesin tersebut perlu dilatih dan secara asasnya terdapat tiga kaedah latihan bagi membentuk algoritma tersebut. Kaedah pertama adalah algoritma tersebut akan membaca data-data yang telah dilabel, dan mempelajarinya (Supervised Learning). Kaedah kedua pula algoritma tersebut akan membaca data-data yang tidak dilabel, tetapi ia akan mencari persamaan ataupun sebarang corak tertentu antara data-data tersebut (Unsupervised Learning).

Jika diberi contoh untuk kedua-dua kaedah diatas, pembelajaran mesin untuk mengesan halangan di jalan raya untuk kaedah pertama adalah dengan memberikan gambar-gambar objek yang dilabel yang membentuk bounding box yang dikesan oleh kamera. Manakala kaedah kedua pula adalah kamera tersebut akan mengesan anomali, atau bentuk yang tidak sama seperti kereta, bagi mengetahui terdapat sebarang objek.

Kaedah ketiga adalah Reinforcement Learning, dimana algoritma tersebut diuji secara terus, baik dalam simulasi atau secara fizikal di dunia nyata. Berbeza dengan dua kaedah diatas, algoritma ini akan menerima maklumbalas baik dari segi positif atau negatif. Dan dengan setiap simulasi yang dilakukan, algoritma tersebut akan mengetahui dan berupaya membuat keputusan yang lebih jitu.

Dalam konteks kaedah ketiga iaitu Reinforcement Learning, sekiranya algoritma tersebut melanggar objek didalam simulasi, markah negatif akan diberikan sekaligus mengajarnya untuk tidak melanggar objek pada simulasi seterusnya.

Kenali: Reinforcement Learning

Fungsi Amazon SageMaker RL ini boleh digunakan bermula hari ini oleh para pembangun, dan ia menyokong libary seperti TensorFlow, MXNet, Intel Coach dan Ray RL. Pembangun juga boleh mensimulasikan algoritma mereka menggunakan Amazon Sumerian, AWS RoboMaker dan AWS DeepRacer yang diumumkan hari ini.

Bacaan Lanjut: Amazon SageMaker RL



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PYbHdv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.