Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Tetapkan RM240,000 Sasaran Simpanan Minimum Umur 55 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Tetapkan RM240,000 Sasaran Simpanan Minimum Umur 55 Tahun

Kuantum Baharu Simpanan Asas Bermula Januari 2019

KUALA LUMPUR, 28 November 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa kuantum baharu Simpanan Asas akan dinaikkan daripada RM228,000 kepada RM240,000 bermula 1 Januari 2019. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun.

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang minimum untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun, iaitu daripada umur 55 tahun sehingga umur 75 tahun selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia. Kuantum baharu ini (rujuk Jadual 1) ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam yang telah dinaikkan dari RM950 kepada RM1,000 sebulan.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP Balqais Yusoff berkata, “Kuantum Simpanan Asas ini disemak secara berkala berdasarkan kadar pencen minimum pekerja sektor awam setiap tiga tahun atau yang mana terdahulu. Ini selaras dengan perubahan kos hidup dan paras garis kemiskinan dan semakan kali terakhir telah dibuat pada tahun 2017.”

Dengan kuantum Simpanan Asas baru ini, ahli kini perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA). Di bawah skim ini, ahli diberi pilihan untuk melaburkan sebahagian simpanan daripada Akaun 1 ke dalam dana unit amanah atau pengurusan aset oleh Institusi Pelaburan Dana (IPD) yang dilantik di bawah SPA-KWSP.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana daripada 67 cawangan KWSP seluruh negara. 

 

Jadual 1: Kuantum Simpanan Asas Baru Mengikut Umur

 

UMUR

KUANTUM SIMPANAN ASAS

UMUR

KUANTUM SIMPANAN ASAS

 18

2,000

37

68,000

19

4,000

38

74,000

20

6,000

39

80,000

21

8,000

40

86,000

22

10,000

41

93,000

23

13,000

42

101,000

24

15,000

43

108,000

25

18,000

44

116,000

26

21,000

45

125,000

27

24,000

46

134,000

28

27,000

47

144,000

29

31,000

48

154,000

30

35,000

49

164,000

31

39,000

50

175,000

32

43,000

51

187,000

33

47,000

52

199,000

34

52,000

53

212,000

35

57,000

54

226,000

36

62,000

55

240,000

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Q6xiAE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.