Peranti Pertama Huawei Dengan Skrin Berlubang Diperlihatkan
Perlumbaan mengeluarkan peranti pertama dengan skrin berlubang sedang berlaku di antara Samsung dan Huawei. Samsung yang pertama mengumumkan skrin Infinity-O dengan lubang untuk kamera hadapan. Huawei kemudian menyusul dengan imej acah peranti dengan skrin berlubang mereka sendiri.
Misteri rekaan peranti ini sedikit terjawab selepas ia diperlihatkan sendiri oleh Huawei di dalam sebuah video. Lubang terletak pada sisi atas sebelah kiri peranti. Ia lebih kecil berbanding penggunaan takuk pada skrin semasa. Rekaan kamera belakang masih lagi misteri. Terdapat ura-ura apabila dilancarkan kelak ia akan menggunakan nama Huawei Nova 4. Apa pendapat anda mengenai rekaan skrin berlubang ini. Adakah ia lebih baik berbanding takuk?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BF6iPC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment