Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Hadir Dengan Sebuah Buku Pintar Yang Mengubah Kandungan Kepada Salinan Digital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Hadir Dengan Sebuah Buku Pintar Yang Mengubah Kandungan Kepada Salinan Digital

Baru-baru ini, Xiaomi hadir dengan Mi Calculator – sebuah kalkulator asas dengan rekaan minimal. Dalam laman biayasama Xiaomi, Youpin – Xiaomi hadir dengan sebuah buku pintar36notes Smart Handwritten Notepad‘. Ia adalah buku yang apabila ditulis atau lakar padanya, kandungannya akan diubah menjadi digital untuk disunting, kongsi, cetak atau lain-lain melalui telefon pintar.

Dengan satu klik pada pen khas yang disediakan, setiap lukisan, tulisan dan lakaran akan berubah dalam bentuk salinan digital. teknologi yang membolehkan perkara ini adalah melalui teknologi resonan elektromagnetik. Melalui teknologi magnetik ini, pen ini mengesan dan mengimbas dalam masa nyata untuk mengubah apa jua kandungan yang terdapat dalam buku tadi menjadi format digital.

Untuk storan, jika secara luar talian – aplikasi khas buku ini mampu menyimpan sebanyak 100 muka surat. Dalam talian pula, ia mempunyai storan awan tanpa had. Bercakap mengenai aplikasi, aplikasi khas ini turut mampu menyunting semua salinan digital yang telah diubah tadi.

36notes Smart Handwritten Notepad‘ juga merupakan sebuah buku yang mempunyai jisim yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Dari segi harga, Xiaomi menjualnya pada harga RMB249 (~RM150) dengan pilihan warna merah atau coklat. Akhir-akhir ini, Xiaomi dilihat kerap hadir dengan pelbagai gajet/aksesori yang sesuai untuk kegunaan pejabat. Jika ia mudah untuk dibeli di Malaysia, adakah anda akan membelinya?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Rmh8PQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.