Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sayangnya Masyarakat Turki Pada Haiwan Terbiar Di Jalanan Ini Akan Buat Kita Terharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sayangnya Masyarakat Turki Pada Haiwan Terbiar Di Jalanan Ini Akan Buat Kita Terharu

Paling canggih, Turki reka satu jenis mesin macam vending machine  untuk recycle makanan, yang ditukar menjadi makanan kucing dan anjing liar. Inilah amalan dari tradisi mulia Kerajaan Turki Uthmaniah dulu. 🙂

Salah stu rumah kucing di Istanbul yang disediakan oleh Jabatan Alam semulajadi dan perhutanan.
Orang Turki sangat menyangi binatang. Lagi-lagi anjing dan kucing. Anjing pun jadi jinak sebab anjing di Turki tidak terasa terancam. Kerajaan membela anjing. Kerajaan tidak akan membunuh anjing liar, malah kerajaan menjaga dengan baik anjing liar. Kalau pernah datang Sultan Ahmet mesti perasan anjing-anjing Sultan Ahmet yang besar-besar itu ada anting-anting. Anjing yang beranting-anting adalşah milik kerajaan. Bukan itu sahaja, kerajaan turut membuat rumah kucing dan rumah anjing di kebanyakan bandar-bandar besar di Turki. Itu baru kerajaan, orang Turki lagilah berebut-rebut memberi makanan ke binatang. Hatta burung pun tidak kebuluran di Turki. Di Universiti saya contohnya ada mesin kitar semula ,dimana jika anda meletakkan bahan yang anda mahu kitar semula dalam mesin tersebut, mesin tersebut akan mengeluarkan makanan untuk kucing dan anjing sebagai ganti. Seterusnya akan membuat anda gembira untuk memberi makan kepada binatang.

Pada minggu lepas, telah tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan wanita berhijab membawa anjing bersiar-siar di jalanan. Tanpa bertanya dengan lebih lanjut, perakam video tersebut terus menyebarkan video tersebut di media sosial dan video tersebut menerima kecaman pelbagai pihak.

Pada hakikatnya, gadis-gadis berhijab itu merupakan pelajar perubatan veterinar di UPM yang sedang menjalani latihan industri di pusat perlindungan haiwan PAWS. Kebanyakkan haiwan di dalam pusat perlindungan tersebut terpaksa bersesak-sesak di dalam keadaan yang sempit. Untuk menjamin kesihatan mereka, anjing-anjing di pusat perlindungan haiwan perlu dibawa bersiar sekali sakala. Sebagai persediaan, kesemua pelajar perubatan veterinar perlu belajar berinteraksi bersama pelbagai haiwan termasuklah anjing sendiri.

Anjing bukanlah seekor haiwan yang hina, namun adalah agak sukar untuk kita merubah persepsi masyarakat Malaysia yang seringkali mengaitkan haiwan tersebut dengan perkara yang negatif. Malah sebagai seorang pencinta haiwan, saya sendiri sering berasa sukar untuk menerangkan kepada golongan bukan Muslim mengenai hubungan Muslim dengan anjing.

Islam merupakan sebuah agama penyayang yang menggalakkan penganutnya berbuat baik kepada kesemua haiwan. Kita sendiri pasti sudah berulang kali mendengar kisah masyur mengenai seorang pelacur yang telah dimasukkan ke dalam syurga oleh kerana tindakan beliau yang memberi air kepada seekor anjing yang dahaga. Kisah ini sahaja telah dapat menunjukkan keinginan Islam untuk meninggikan akhlak seorang Muslim dengan berbuat baik kepada semua makhluk tuhan.

Pada tahun lepas, saya telah berpeluang untuk berkunjung ke Turki selama enam bulan di dalam sebuah program pertukaran pelajar universiti. Antara perkara yang paling mengejutkan saya adalah layanan rakyat Turki yang sangat baik terhadap haiwan jalanan.

Saya tidak pernah menemukan seekor pun anjing dan kucing yang sakit atau kurus di Turki. Malah, majoriti daripada rakyatnya adalah sangat prihatin terhadap haiwan jalanan. Anjing jalanan di Turki hampir kesemuanya sangat jinak dan dijaga dengan baik oleh masyarakat sekeliling. Malah, kerajaan Turki juga telah memvaksin anjing jalanan sebelum melepaskan mereka semula di jalanan.

Apabila tibanya musim sejuk, kedai-kedai di Turki akan membenarkan anjing jalanan tidur di dalam kedai mereka pada waktu malam. Saya sendiri pernah menyaksikan perkara ini sewaktu saya sedang bersiar-siar bersama sahabat saya untuk membeli belah. Ada sebuah kedai yang menjual barangan kosmestik yang membenarkan seekor anjing jalanan tidur di dalam kedai mereka kerana cuaca di luar adalah agak sejuk.

Tambahan lagi, adalah normal juga untuk anda lihat pelbagai orang berebut-rebut memberi makan kepada kucing dan anjing jalanan di Turki. Saya pernah lihat seorang wanita Turki meletakkan makanan anjing dan kucing di luar kedai mereka untuk memberi makan kepada haiwan yang melalui kedai tersebut.

Malah, di jalanan Istanbul hampir kesemua orang adalah sangat baik kepada haiwan-haiwan jalanan. Sewaktu saya berkunjung di Hagia Sophia, saya melihat pengawal keselamatan masjid tersebut berlaku sangat baik kepada seekor kucing jalanan betina yang baru melahirkan anak-anaknya dan memberikan mereka perlindungan di bumbung beliau. Adalah sangat mudah juga untuk anda temui rumah-rumah kucing dan burung yang dibina sekitar masjid sebagai perlindungan kepada mereka.

Waqaf Saham

Mesin-mesin kitar semula yang akan mengeluarkan makanan buat anjing dan kucing jalanan juga boleh ditemui di pelbagai tempat di sekitar Turki. Mesin itu akan mengeluarkan makanan percuma buat haiwan tersebut apabila kita memasukkan plastik untuk dikitar semula. Di samping menggalakkan masyarakat untuk mengitar semula, kerajaan Turki juga menggalakkan kita untuk berbuat baik kepada haiwan jalanan.

Sebagai seorang pencinta haiwan, saya berasa sangat terharu melihat layanan rakyat Turki terhadap haiwan jalanan apabila saya berkunjung ke Turki. Pada masa yang sama, saya juga agak kecewa kerana adalah agak sukar untuk kita temui budaya yang sama di Malaysia. Pengalaman peribadi saya mengikuti secara rapat beberapa pusat perlindungan haiwan di Malaysia telah banyak membuka mata saya terhadap isu ini.

Namun, layanan baik masyarakat Turki terhadap haiwan jalanan adalah perkara yang tidak mengejutkan kerana kita akan dapat lihat budaya yang sama pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah! Berdasarkan sumber sejarah, Empayar Uthmaniyyah telah membina sebuah yayasan khas yang memberikan makanan buat anjing jalanan, serigala di pergunungan, menyediakan air buat burung di musim panas, merawat burung yang sayapnya patah serta merawat kuda yang cedera. Rumah burung juga telah dibina di pelbagai bangunan seperti di masjid, madrasah dan istana.

Sumber sahih di dalam arkib Uthmaniyyah juga telah banyak mencatatkan catatan menarik mengenai cinta dan sifat ihsan masyarakat Islam pada ketika itu terhadap haiwan jalanan.

Seorang pemuda bernama Müreselli İbrahim Ağa yang tinggal di Izmir Turki telah mendermakan 100 kuruş setiap tahun kepada Masjid Ödemiş Yeni untuk menyediakan makanan buat bangau-bangau yang tinggal di sekitar masjid tersebut pada tahun 1307.

Kucing jalanan di Istanbul yang dijaga dengan sangat baik oleh masyarakat Turki.

Dan di tahun 1544, terdapat juga rekod mengenai Lütfi Pasha yang telah mewakafkan air kolam untuk para musafir dan haiwan yang sering melewati kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga rekod mengenai Yayasan Çandarluzade Mehmed Bey yang telah mendermakan rumah ladang untuk menjaga burung merpati pada tahun 1707. Masjid Kediler Damsyik, Syria telah menubuhkan sebuah yayasan buat kucing jalanan. Penjaga masjid tersebut akan memberikan makanan kepada beratus-ratus kucing jalanan secara konsisten.

Kepada mereka yang ingin menyaksikan secara sendiri sifat sayang masyarakat Turki terhadap haiwan jalanan, khususnya kucing, anda boleh menonton sebuah dokumentari khas yang berjudul ‘Kedi’. Dokumentari itu telah menceritakan secara rapat sifat ihsan rakyat Turki terhadap kucing jalanan.`

Poster yang ditampal sekitar masjid di Istanbul pada bulan Ramadan. Poster ini menulis, ‘Terdapat hak ke atas setiap makhluk’.

Seperti makhluk-makhluk lain, haiwan juga mempunyai jiwa, hati dan perasaan. Mereka juga mampu merasai kesakitan dan kesedihan. Malah, berdasarkan kajian saintifik adalah terbukti bahawa haiwan juga mampu mengidap penyakit kemurungan. Janganlah kita pandang hina kepada anjing hanya kerana kita diarahkan untuk menyamak tangan kita selepas menyentuhnya. Layanilah mereka dengan penuh ihsan dan kasih sayang seperti apa yang diajarkan oleh agama kita pada asalnya. Antara impian saya yang terbesar adalah untuk melihat Malaysia berkembang menjadi negara yang maju dan membangun serta juga prihatin terhadap haiwan jalanan.


Anjing jinak dan sihat di sekitar Hagia Sophia dan Masjid Sultanahmed di Istanbul yang tidak diganggu oleh masyarakat sekeliling.

 

Rumah kucing yang dibina sekitar Istanbul. (Sumber: sherwoodfamilynonsense.blogspot.com)
RUJUKAN:

1) Ekrem Ekinci (2015, January 18). The Ottomans’ exemplary treatment of street animals.

2) Pengalaman peribadi penulis di Turki.

The post Sayangnya Masyarakat Turki Pada Haiwan Terbiar Di Jalanan Ini Akan Buat Kita Terharu appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AwfdRM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.