Hi! Welcome Back and Stay Tune! AWS Menawarkan Sistem Rantaian-Blok Tersendiri Menerusi Amazon Managed Blockchain & Amazon Quantum Ledger Database - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AWS Menawarkan Sistem Rantaian-Blok Tersendiri Menerusi Amazon Managed Blockchain & Amazon Quantum Ledger Database

Bagi gergasi perkhidmatan awan AWS, mereka telah menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memudahkan pembangun dan juga syarikat dari segi infrastruktur. Namun sehingga akhir tahun lalu tiada sebarang perancangan untuk perkhidmatan khusus terhadap teknologi berkaitan rantaian blok.

Pada hari ini sewaktu ucaptama AWS yang disampaikan oleh ketua pengarah eksekutif mereka iaitu Andy Jassy, mereka telah mengejutkan semua hadirin apabila hadir dengan dua perkhidmatan baru untuk tujuan kegunaan rantaian blok.

Menurut Andy, ramai antara pelanggan dan pembangun yang menggunakan AWS meminta mereka untuk membangunkan sistem rantaian blok yang boleh diuruskan menerusi AWS. Dan hasil dari maklumbalas tersebut, AWS hadir dengan dua solusi berasingan untuk rantaian blok, bergantung kepada kesesuaian penggunaan.

Secara asasnya, terdapat dua jenis rantaian blok iaitu satu lejar berpusat (Ledger With Centralized Trust) dan transaksi yang tidak berpusat (Transaction with Decentralized Trust). Lejar Berpusat biasanya digunakan untuk maklumat yang dimiliki oleh sesuatu pihak atau agensi kerajaan, seperti nombor pendaftaran cukai jalan kenderaan, atau rekod kesihatan pesakit. Dalam kategori ini, AWS hadir dengan Amazon Quantum Ledger Database.

Amazon Quantum Ledger Database atau singkatannya Amazon QLDB ini mempunyai kesemua ciri-ciri rantaian blok, termasuklah lejar yang tidak boleh dipadam.

Bacaan lanjut: Amazon Quantum Ledger Database

Bagi perkhidmatan rantaian blok AWS yang kedua, ia disasarkan untuk menguruskan transaksi yang tidak berpusat (decentralized) seperti transaksi kewangan, pinjaman perumahan, dan jual beli barangan harian. Untuknya AWS hadir dengan Amazon Managed Blockchain.

Menerusi Amazon Managed Blockchain, pengguna AWS boleh memilih sama ada menggunakan lejar berasaskan Hyperledger Fabric atau Ethereum. Perkhidmatan AWS ini turut menyokong sehingga beribu-ribu aplikasi serta berjuta-juta transaksi dan boleh dipindahkan kepada QLDB pada masa akan datang. Buat masa ini, hanya Hyperledger Fabric yang tersedia dan sokongan lejar Ethereum akan hadir pada tahun hadapan.

Bacaan lanjut: Amazon Managed Blockchain



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RkHwd6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.