OnePlus 6T Edisi McLaren Dijangka Hadir Dengan Memori Sehingga 10GB RAM
Sejak sebulan dua kebelakangan ini, kita telah melihat sejumlah telefon pintar yang hadir dengan pilihan memori sehingga 10GB RAM. OnePlus kini nampaknya turut tidak ingin ketinggalan, dan dijangka menyertakan memori sehingga 10GB RAM pada telefon pintar OnePlus 6T edisi McLaren mereka.
Telefon pintar ini dijangka akan mengekalkan penawaran spesifikasi lain seumpama model biasa, tetapi dengan kerjasama bersama McLaren yang memfokuskan kelajuan, mereka dijangka menawarkan memori tinggi ini.
Selain daripada memori sehingga 10GB RAM, pihak OnePlus turut dijangka menyertakan storan bersaiz besar pada telefon pintar akan datang mereka ini.
Telefon pintar ini dijangka dilancarkan secara rasminya pada 11 Disember 2018 kelak – dimana kita mungkin mengetahui lanjut mengenainya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BEZC3S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment