Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antaramuka Instagram Dikemaskini Bagi Mengurangkan Penekanan Kepada Jumlah Pengikut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antaramuka Instagram Dikemaskini Bagi Mengurangkan Penekanan Kepada Jumlah Pengikut

Instagram mengumumkan rombakan kepada antaramuka aplikasi mereka hari ini bagi mengurangkan penekanan kepada jumlah pengikut. Antaramuka terkini ini akan diberikan kepada semua secara berperingkat dengan susunan semula butang, ikon dan tab yang digunakan sebelum ini.

Terdapat empat tab boleh dilihat pada profil iaitu Grid, Posts, IGTV dan Tagged. Sebelum ini hanya tiga tab diberikan dengan ikon. Bahagian bio penulis kini diletakkan pada bahagian atas. Jumlah pengikut dan akaun yang diikuti diletakkan di bawah bagi mengurangkan penekanan terhadap mengumpul pengikut yang menjadi status di media sosial.

Akaun perniagaan pula akan menerima tab tambahan untuk membeli serta butang khusus untuk emel, panggilan telefon dan lokasi kedai. Pengenalan antaramuka baharu ini adalah usaha Instagram untuk menyelesaikan masalah pengguna yang hanya mengejar populariti. Sebelum ini Instagram menggunakan pembelajaran mesin untuk mengesan pengguna perkhidmatan pengikut dan Likes palsu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2S9oTJb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.