Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas, Salah Posisi Tidur Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas, Salah Posisi Tidur Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut

Jangan pandang ringan benda ni. Kalau jadi kat anak hampa sendiri, menyesal tak sudah ! 🙁

 

Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan. Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan!

Menginjak ke trimester kedua dan ketiga, ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin membesar. Janin yang semakin membesar dan aktif juga membuatkan ibu menghadapi kesukaran melelapkan mata pada waktu malam.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil juga perlu sentiasa dipantau. Jika salah kedudukan, ia boleh menggugat nyawa si kecil. Saranannya ini perlu diikuti bagi mengurangkan risiko kematian janin dalam kandungan.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke?

Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.

Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?

POSISI TIDUR MELENTANG PERLU DIELAK. GANGGU PEREDARAN DARAH!

Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar.

Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk Ia darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.

Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ organ penting.

IBU HAMIL DISARAN TIDUR MENGIRING KE KIRI
Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %.

Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% .

Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.

Telah Disimpulkan Bahawa Ibu Yang Tidur Melentang, Meningkatkan Risiko Bayi Dalam Kandungan Meninggal Secara Tiba-Tiba Sebanyak 3.7 Kali (Tanpa Ada Faktor-Faktor Penyebab Lain Menyebabkan Bayi Mati Secara Tiba-Tiba).

 

MESTI TIDUR MENGIRING KE KIRI APABILA MASUK TRIMESTER KETIGA
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !

Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan

Mak buyung, jangan tido terletang. Tido mengiring kiri okay?

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

The post Awas, Salah Posisi Tidur Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OXtMmu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.