Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mobdata : Pengguna iPhone Di China Lebih Miskin Dan Kurang Terpelajar Berbanding Pengguna Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mobdata : Pengguna iPhone Di China Lebih Miskin Dan Kurang Terpelajar Berbanding Pengguna Huawei

iPhone ialah simbol status di negara maju dah juga membangun seperti di Malaysia. Ia dilihat sebagai peranti mewah yang hanya mampu dimiliki oleh pengguna yang berada. Tetapi di China sebaliknya adalah benar mengikut kajian yang dilakukan oleh firma Mobdata.

Huawei Mate 20 XDi dalam kajian yang dilakukan di Shanghai, kebanyakan pengguna iPhone didapati adalah wanita berusia di antara 18-34 tahun, berpendidikan sekolah menengah dan mempunyai gaji purata bawah RMB 3000 (~RM 1809) sebulan. Golongan ini dikenali sebagai “miskin yang tidak kelihatan” kerana penggunaan iPhone memberikan imej seakan mereka lebih kaya dari realiti sebenar.

Majoriti pengguna Huawei pula didapati adalah lelaki berusia di antara 25-34 tahun, berpendidikan universiti, gaji sehingga RMB 20,000 (~RM 12,000) sebulan, mempunyai kenderaan dan juga rumah sendiri.

Pada masa yang sama pengguna dengan gaji melebihi RMB 20,000 memilih menggunakan Huawei dan Xiaomi. Sementara lebih separuh pengguna Oppo dan Vivo terdiri dari mereka yang menerima gaji di antara RMB 3000 hingga RMB 10,000. Pihak Mobdata walau bagaimanapun tidak berkongsi jumlah responden yang terlibat di dalam kajian mereka ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2S9G5OJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.