Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Lanjutkan Tempoh Perkhidmatan Ketua Pegawai Pelaburan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Lanjutkan Tempoh Perkhidmatan Ketua Pegawai Pelaburan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa Lembaga KWSP, dengan kelulusan Kementerian Kewangan, bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP sehingga 31 Disember 2019.

Dato’ Mohamad Nasir telah menyandang jawatan tersebut sejak 15 April 2013 dan dijadualkan bersara pada 14 November 2018. Keputusan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau adalah bagi memastikan kesinambungan di bahagian Pelaburan KWSP di samping membolehkan pelan pengambihalihan yang lancar.

Kerjaya Dato’ Mohamad Nasir di KWSP bermula pada 1982 di mana beliau telah memegang beberapa jawatan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Pelaburan. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa Negeri (1990-1995), Pegawai Penyelidik Kanan, Pengurus dan Pengurus Kanan di Jabatan Penyelidikan Pelaburan dan Ekonomi (1995-2003) dan Pengurus Besar di Jabatan Pelaburan Ekuiti Antarabangsa (2009-2013).

Dato’ Mohamad Nasir juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, PLUS Malaysia Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn Bhd, Projek Battersea Company Limited dan Yarra Park City Pty Ltd.

Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan mendapat Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun pada tahun 1996. Beliau juga memiliki Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom (1999).

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 12 November 2018



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DRJqP7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.