Leica Hadir Dengan Kamera D-Lux 7 – Kamera Kompak ‘Murah’ Mereka
Leica sedia terkenal dengan lensa serta sensor kamera yang baik. Huawei turut bekerjasama dengan Leica untuk muatkan ‘sensor’ yang Leica iktiraf dalam peranti mereka. Tetapi, Leica juga mempunyai kamera mereka yang tersendiri. Terkini, mereka hadir dengan sebuah kamera kompak baharu bernama Leica D-Lux 7.
Untuk dalam barisan kamera-kamera Leica, D-Lux 7 adalah antara yang paling ‘murah’. Kamera ini menggunakan sensor Leica DC Vario-Summilux 10.9– 34 mm f/1.7–2.8 ASPH yang bersamaan dengan sebuah lensa 24–75 mm in 35 mm. Kamera ini menggabungkan optik kelas pertama dan teknologi kelas utama. Menurut Leica, kamera ini mempunyai hasil rakaman gambar dalam keadaan cahaya kurang yang baik. Saiz sensor pula adalah 17-megapixel dan sensor 4/3 kamera ini mampu menangkap cahaya dan memberi hasil yang kurang hingar.
Seterusnya, sistem dalam kamera ini mampu merakam 11 fps dan mempunyai kemampuan melaras titik focus selepas memgambil gambar. Kamera ini mempunyai sokongan sambungan Bluetooth, Wifi, sokongan skrin sesentuh dan juga pengecasan melalui port USB-C.
Disebabkan Leica D-Lux 7 ini adalah yang paling ‘murah’ dalam siri kamera Leica, ia djual pada harga $1,195.00, iaitu sekitar RM4992 sahaja.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QYunX2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment