Google Membuang 13 Aplikasi Hasad Di Play Store Yang Menyamar Sebagai Permua
Aplikasi hasad bukan sesuatu yang baru dan sepatutnya semua pengguna Android sedar akan bahayanya aplikasi ini. Baru-baru ini, pembangun yang menghasilkan aplikasi hasad ini telah hadir dengan aplikasi hasad yang menyamar sebagai permua.
Syukur, selepas ramai melaporkannya dan selepas Lukas Stefanko yang sebelum ini dari ESET Security sedar akan aplikasi hasad ini – Google sudah pun membuang aplikasi ini. Kesemua ‘permua’ ini mempunyai jumlah lebih 560000 muat turun dan selepas muat turun, ikon ‘permua’ ini akan hilang dan memaksa pengguna memuat turun .APK lain untuk dipasang.
Bagi yang tidak jelas apa yang aplikasi hasad boleh lakukan adalah, ia boleh mengakses peranti pengguna dan mencuri data pengguna dengan mudah. Jadi, berhati-hatilah menggunakan peranti Android dan berwaspada lebih apabila ingin memuat turun aplikasi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FxM26I
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment