Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Apa kelebihan dan kekurangan beli rumah second hand?” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Apa kelebihan dan kekurangan beli rumah second hand?”

Korang seorang pelabur hartanah, yang mampu tanggung kos permulaan (entry cost) 15 – 20% untuk membeli rumah?

Bermakna, korang termasuk dalam golongan yang mampu beli rumah subsale (atau rumah second hand).

Bila beli rumah second hand, korang tak payah nak tunggu lama untuk tengok rumah. Semua dah tersedia dekat depan mata korang.

Tapi sebelum korang mula mencari, wajib untuk korang tahu kelebihan dan kekurangan (pro and cons) membeli rumah jenis ini.

Tok tak nak buang masa korang. Nah, hadamkan perkongsian Tok pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Beli rumah subsale, confirm 100% buat untung? 

Sekarang ni, ada banyak rumah second hand (atau rumah subsale) dalam pasaran.

Tapi bila terdapat banyak bekalan (supply), perkara ni akan jadi satu masalah kepada pembeli. Pendek kata, korang macam nak cari jarum dalam semak-samun.

Tak semua rumah second hand dijamin buat untung. Itu tak campur lagi dengan owner rumah yang cuba nak ‘makan’ dan kurangkan jumlah keuntungan korang.

Setiap kelas hartanah seperti subsale (rumah second hand), under construction (rumah dalam pembinaan), dan auctioned (lelong), ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Dan ini yang korang perlu tahu tentang hartanah jenis subsale (rumah second hand).

5 kelebihan rumah second hand anda wajib tahu

Bawah ni antara kelebihan yang korang akan dapat bila membeli rumah second hand (subsale):

#1: Tunggu 2 atau 3 bulan, dah boleh dapat kunci rumah?

Bila proses membeli selesai, korang boleh ambil kunci dan masuk terus rumah tu. Kalau korang seorang pelabur hartanah, korang boleh sewakan rumah tu tanpa perlu menunggu.

Biasanya, proses membeli ni akan mengambil masa selama 2 atau 3 bulan sebelum korang boleh pindah masuk kat hartanah yang korang beli.

Bermakna, korang tak perlu hadap risiko yang ada seperti membeli rumah dengan pemaju. Rumah tu dah siap dibina. Jadi, tak ada risiko rumah terbengkalai dan sebagainya.

#2: Sebelum membeli, anda boleh periksa rumah dulu?

Dalam hal membeli rumah second hand, korang boleh periksa dulu rumah tu sebelum buat keputusan membeli.

Sebagai contoh, korang boleh kaji beberapa perkara seperti:

  • Pemandangan rumah,
  • Hal berkaitan sekuriti,
  • Keadaaan unit rumah yang nak dibeli,
  • Situasi kejiranan dan kematangan lokasi sekeliling,
  • Kemudahan yang tersedia, dan sebagainya.

Poin paling penting kat sini, adalah keadaan unit rumah yang korang nak beli.

Dari sini, korang boleh sediakan bajet kos ubah suai kalau rumah tu dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Dan bukan setakat tu saja. Korang juga boleh minta penjual untuk kurangkan harga jualan atas kerosakan yang ada pada rumah tu.

Yang ni, bergantung kat skil berunding korang. Kalau pandai berunding, boleh dapat harga yang lebih rendah (below market value).

#3: Kebolehan periksa harga transaksi sebenar (supaya tak terlebih bayar)

Bila membeli rumah second hand, korang boleh periksa sama ada rumah tu dijual pada harga atas pasaran atau di bawah pasaran.

Dengan cara ni, korang dapat elakkan diri daripada terlebih bayar berbanding nilai sebenar yang sepatutnya korang bayar.

Korang juga akan ada kebolehan mengkaji perbandingan harga dengan hartanah lain yang berdekatan, yang disokong oleh data sebenar yang ada dalam pasaran.

Untuk tujuan ini, korang boleh periksa melalui laman web Brickz atau JPPH (Jabatan Penilaian Harta Tanah). Kaji rekod transaksi terkini dengan mengambil tempoh paling kurang 6 bulan.

Bila buat semua ni, korang dapat tingkatkan peluang untuk beli rumah pada harga bawah harga pasaran (below market value). Ini peluang yang tak patut korang lepaskan bila membeli rumah subsale.

#4: Kurang masalah spekulasi berbanding hartanah under construction

Poin ini berkait dengan poin yang Tok jelaskan sebelum ini (No. #3 tadi). Tak seperti hartanah dalam pasaran under construction, rumah second hand kurang berdepan dengan masalah ini.

Ini sebab, rumah dalam pasaran second hand akan berpandukan harga transaksi  yang pernah berlaku terdahulu. Dengan data yang ada ini, korang boleh jadikan sebagai benchmark (penanda aras) harga.

Bermakna, penjual takkan senang-senang boleh tipu pembeli dengan menjual hartanah tu pada harga yang melampau.

#5: Penjual terdesak, peluang anda beli rumah bawah harga pasaran?

Dalam kes rumah second hand (subsale), akan ada segmen penjual yang kita boleh kategorikan sebagai ‘terdesak.’

Ini adalah peluang untuk korang beli rumah pada harga below market value (bawah harga pasaran).

Ada banyak faktor penjual nak jual rumah tu laju-laju.

Antara sebab yang biasa Tok dengar, penjual baru bercerai dengan pasangan (kes bercerai). Ada juga penjual yang ahli keluarganya sakit. Tak ada medical card, tapi rumah banyak, jadi nak jual rumah untuk langsaikan bil hospital.

Kalau dah terdesak nak jual, mereka (penjual) tak kisah walaupun terpaksa tanggung sedikit kerugian. Janji dapat jual dan cairkan (liquidate) aset yang ada untuk dapatkan tunai.

Apa pula 5 kekurangan membeli rumah second hand?

Tok dah jelaskan kelebihan yang ada tadi. TIba masa untuk korang selami kekurangan bila beli rumah jenis ini:

#1: Anda mampu tanggung kos membeli yang tinggi?

Tok yakin. Korang mesti dah tahu yang kos permulaan (entry cost) membeli rumah yang sedang dibina (under construction) adalah rendah.

Korang hanya perlu jelaskan duit booking dan juga progress payment sewaktu pembinaan bermula.

Tapi untuk rumah second hand ni, tak sama.

Korang kena sediakan dalam anggaran 15 hingga 20%. Kos ni termasuk 10% duit deposit (3.5% duit tempahan awal, atau earnest deposit dan 6.5% semasa nak tandatangan S&P), dan juga kos guaman.

Ada juga kos-kos lain yang terlibat, seperti:

  • Kos untuk dapatkan loan rumah,
  • Kos insuran (MRTA dan insuran kebakaran),
  • Kos valuasi rumah,
  • Kos duti setem,
  • Deposit utiliti (api dan air),
  • Kos renovasi, dan lain-lain yang berkaitan.

Dan kos ini, korang tak boleh nak elak. Jadi sebelum beli rumah second hand, wajib ada simpanan dulu.

#2: Tak semua bank akan bagi loan rumah

Ini satu perkara yang korang kena tahu bila nak beli rumah second hand (subsale).

Ada bank yang susah lepaskan permohonan loan rumah, yang tergolong dalam kategori rumah second hand dalam sesebuah kawasan.

Antara sebab perkara ni berlaku:

  • Unit rumah tu dekat dengan kawasan banjir, tanah runtuh, dan sebagainya,
  • Kadar jenayah yang tinggi dalam sesebuah kawasan,
  • Masalah dari segi title (seperti kes Flora Damansara), atau lain-lain.

Kalau nak beli rumah second hand, pastikan rumah tu tak ada masalah yang Tok sebutkan tadi.

#3: Jaga-jaga, mungkin penjual ‘ada udang di sebalik batu’

Siapa tak geram bila tengok harga rumah murah, kan? Mesti korang tak sabar-sabar nak beli sebab fikir, korang pasti akan buat untung.

Maaf, Tok tak sampai hati buat korang hampa. Tapi ini adalah kebenaran yang wajib Tok kongsikan pada korang.

Tapi kalau harga terlampau rendah dan korang ada perasaan too good to be true, pasti penjual tu ‘ada udang di sebalik batu.’

Mungkin sebab penjual jual pada harga yang rendah, sebab ada masalah pada unit tu. Mungkin pernah ada kes orang bunuh diri, atau kerap berlaku kejadian jenayah.

Korang sendiri nak ke duduk kat rumah yang banyak masalah? Kalau korang sendiri tak nak duduk, korang rasa, penyewa korang nak duduk situ tak?

#4: Tak boleh claim kerosakan yang ada

Kalau rumah under construction (rumah yang sedang dibina), korang boleh minta pemaju ganti rugi kalau ada sebarang kerosakan pada unit yang korang beli.

Tapi untuk rumah second hand, korang tak ada kelebihan ini.

Kalau ada sebarang kerosakan, korang kena gantikan guna duit sendiri atau minta penjual kurangkan harga jualan.

#5: Rumah nampak terlampau old-school (lama)?

Kalau perhatikan keadaan semasa, ramai pembeli lebih tertumpu kepada rumah under construction (rumah baru). Ada sebab perkara ini terjadi.

Ini sebab rumah dengan reka bentuk yang lama, kurang digemari gen-Z yang pada masa sekarang, paling ramai memacu ekonomi semasa negara ini.

Bukan tak boleh beli. Tapi bila beli rumah second hand ni, mereka kena keluarkan sejumlah wang lagi untuk buat proses modifikasi (ubah suai) rumah. Duit keluar lagi dekat situ.

Jadi untuk elakkan masalah ni, mereka lebih suka beli rumah baru dengan reka bentuk terkini yang lebih moden dan lebih senang disewakan.

Ini antara kelebihan dan kekurangan bila korang nak beli rumah second hand.

Penting untuk korang ambil kira semua perkara ini dengan teliti sebelum buat sebarang keputusan membeli. Itu pun, kalau korang serius tak nak rugi.

Tok harap, perkongsian ini dapat bantu korang buat keputusan yang tepat. Elakkan sikap tergopoh-gapah ya. Semoga berjaya beli rumah second hand yang buat duit!

The post “Apa kelebihan dan kekurangan beli rumah second hand?” appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K6wMwd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.