Hi! Welcome Back and Stay Tune! Windows 10 Kini Hadir Dengan Tema Cerah Dan Penambahbaikan Cetakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Windows 10 Kini Hadir Dengan Tema Cerah Dan Penambahbaikan Cetakan

Windows 10 adalah sistem operasi generasi baru oleh Microsoft. Ia akan kekal dengan nama Windows 10 dan akan kerap menerima kemaskini seperti Anniversary Update, Creators Update, atau Falls Creator Update. Terkini dalam Windows 10 Insider Preview Build 18282 (19H1), tema cerah boleh dipilih sebagai tema pilihan.

Banyak sistem operasi yang kini mula fokus dengan tema gelap, disebabkan Windows 10 sudah pun mempunyai tema gelap – kenapa tidak hadir dengan tema cerah. Warna tema cerah ini dilihat sedikit berbeza dengan tema biasa. Kemudian, turut hadir ialah gambar latar baru yang memadankan dengan tema ini. Selain itu, alat Snipping untuk mengambil rakaman skrin kini dikemaskini dengan antaramuka yang selari dengan Windows 10.

Bahagian tetapan cetakan turut dikemaskini. Ia hadir dengan beberapa ikon untuk pengguna mudah faham serta beberapa butiran yang menerangkan fungsi-fungsi yang boleh digunakan. Disebabkan fungsi-fungsi baru ini hadir dalam versi percubaan – terdapat tujuh pepijat yang akan mengganggu tugasan harian pengguna, jadi adalah digalakkan untuk tidak memasang kemaskini ini dalam peranti harian.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FqNTtJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.