Microsoft Store Kini Menerima Aplikasi Berasaskan ARM Diterbitkan
Aplikasi Windows berasaskan ARM kali terakhir kita lihat adalah pada zaman Windows RT. Kemudian pada hujung 2017, Microsoft mengumumkan Windows 10 untuk Always Connected PC – iaitu Windows 10 baharu yang berasaskan ARM. Sistem operasi ini dikatakan adalah lebih pantas dari Windows biasa dari segi menghidupkan paparan, mempunyai LTE terbina dan juga bateri yang tahan sepanjang hari.
Cip pemproses pertama untuk Windows 10 Always Connected PC adalah Snapdragon 850 yang dibina dengan rekaan 10nm. Dari segi spesifikasi cip ini, ia adalah mirip dengan Snapdragon 845 yang dilewahjam. Dengan harapan baik buat Windows 10 ARM ini, Microsoft kini mula menerima aplikasi berasaskan ARM diterbitkan ke Microsoft Store. Visual Studio 15.9 pula kini membenarkan para pembangun membina aplikasi berasaskan ARM.
Salah satu peranti Windows 10 ARM janaan Snapdragon 850 adalah Lenovo Yoga C630 yang berharga mencecah lebih RM4800 sebuah. Mungkin akan datang akan lebih banyak peranti Windows 10 Always Connected PC dan mungkin akan juga terdapat pilihan peranti dengan harga yang lebih berpatutan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RXFSOf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment