Shopee Mengambil Langkah Memerangi Penawaran Diskaun Palsu Oleh Peniaga
Shopee hari ini telah mengemaskini polisi jualan di platform mereka, dimana mereka mengatakan akan memerangi bentuk diskaun yang palsu atau kurang tepat dikalangan peniaga.
Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa penjual yang sengaja meningkatkan harga jualan sebelum memberikan diskaun untuk beberapa produk yang dijual. Hal ini secara langsung membuatkan pengguna tertipu dengan jualan yang dikatakan ditawarkan pada harga promosi.
Shopee mengatakan kini mereka akan mengambil langkah mengenal-pasti diskaun palsu ini dengan melihat kepada log perubahan harga, dan juga harga promosi yang ditawarkan penjual. Sekiranya seseorang penjual didapati “menipu”, maka penyenaraian produk berkenaan akan dibuang, dan sistem mata penjual akan menerima penalti.
Shopee mengatakan mereka akan memperkenalkan polisi baru ini bermula 19 November 2018 kelak, sekaligus membolehkan platform mereka bebas daripada diskaun-diskaun palsu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qWYaUJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment