CIMB Menggunakan Teknologi Rantaian-Blok Ripple Untuk Sokongan Kiriman Wang
CIMB hari ini telah mengumumkan kerjasama strategik dengan pembangun teknologi berasaskan rantaiaan-blok, Ripple. Melalui kerjasama ini, CIMB akan menggunakan rangkaian Ripple dalam usaha memudahkan kiriman wang antara negara oleh pengguna mereka.
Teknologi rantaian-blok RippleNet ini digunakan oleh pelbagai bank di seluruh dunia, dimana ia memudahkan pemindahan dana dan kiriman wang antara negara dengan lebih efisyen – selain menjanjikan akses yang lebih pantas, selain kos yang rendah.
Hasil kerjasama ini, CIMB telah mengintegrasikan sokongan rantaian-blok ini pada perkhidmatan SpeedSend. Perkhidmatan ini membolehkan anda membuat kiriman wang ke beberapa negara, termasuk Indonesia, China, India, Singapura dan sebagainya.
CIMB juga dijangka mengintegrasikan sokongan rantaian-blok ini pada beberapa perkhidmatan lain dibawah mereka pada masa akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FjHRuW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment