Apple Mula Menjual Dermaga Pengecas Magnetik Apple Watch Di Malaysia – Berharga RM319
Apple Watch adalah jam tangan pintar yang menjalankan watchOS. Ia perlu dicas melalui pengecas magnetik tersendiri yang disediakan. Menarik dengan pengecas ini, Apple mengekalkan jenis pengecasannya dari Apple Watch Series 1 sehinggalah yang terbaru Series 4.
Terbaru, Apple dilihat mula menjual dermaga pengecas bermagnet. Ia mempunyai kuasa 5W dan perlu disambungkan dengan kabel lightning. Melalui dermaga ini, pengguna kini boleh mengecas Apple Watch dalam keadaan menegak dan turut boleh dijadikan sebagai penggera. Pengecas ini turut boleh diubah posisinya untuk dicas secara menegak atau mendatar seperti pengecas klasik mereka.
Pengecas ini dinamakan sebagai ‘Apple Watch Magnetic Charging Dock‘ dan sudah pun mula dijual di Malaysia pada harga hanya RM319.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Q4FIHW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment