Hi! Welcome Back and Stay Tune! MAKIN RAMAI DIDAKWA, TAPI CEPATKANLAH PERBICARAANNYA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MAKIN RAMAI DIDAKWA, TAPI CEPATKANLAH PERBICARAANNYA

Esok kawasan Mahkamah Jalan Duta dijangka “meriah” sekali lagi dengan kehadiran orangramai apabila isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor, bekas pembantunya, Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah berkaitan dakwaan rasuah.
Secara kebetulan, ketiga-tiganya adalah “anak Mansor”, walaupun mereka bukanlah adik-beradik atau ada hubungan persaudaraan antara satu sama lain.
Rosmah dan Rizal dipercayai akan didakwa berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak yang melibatkan kos bernilai RM1.25 bilion.
Tengku Adnan atau nama popularnya Ku Nan pula akan didakwa berhubung penjualan 97 keping tanah milik DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, Najib Razak sudah dihadapkan dengan 39 pertuduhan, Zahid Hamidi 45 pertuduhan, Rosmah 17 pertuduhan, bekas Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar Abdullah 6 pertuduhan, peguam UMNO, Shafee Abdullah 4 pertuduhan dan bekas ketua perisik MEIO, Hasanah Abdul Hamidi dengan satu pertuduhan pecah amanah.
Dijangka lebih ramai lagi pemimpin UMNO, termasuk bekas menteri, bekas timbalan menteri, Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan era BN turut bakal didakwa selepas ini atas pelbagai kesalahan sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah atau penyelewengan ketika masing-masing ada kuasa sebelum ini.
Najib dan Rosmah sendiri tidak terkecuali dijangkakan akan berdepan lebih banyak pertuduhan juga.
Dari satu segi, rakyat memang menyambut baik segala penyiasatan, penahanan dan pendakwaan ke atas semua mereka yang terlibat itu, malah sebab utama pengundi bersatu hati menumbangkan UMNO dan BN pun adalah disebabkan mereka sudah lemas dengan gejala rasuah dan terlalu berleluasa selama ini.
Rakyat mahu semua kedurjanaan itu dihapuskan sama sekali lantaran mereka yang memegang kuasa atau atau kaitan dengan kuasa sebelum ini ini didapati langsung tidak amanah dan hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.
Tetapi, sementara penyiasatan demi penyiasatan, penahanan demi penahanan, seorang demi seorang ditahan reman serta dipakaikan baju oren dan pendakwaan demi pendakwan dilakukan, apa yang menimbulkan kebimbangan rakyat ialah belum ada seorang pun daripada yang didakwa itu sudah ada tarikh untuk mereka dibicarakan.
Semuanya masih tergantung di peringkat pengurusan kes yang dijangka akan dilakukan sebelum hujung tahun ini dan perbicaraan pula tentunya pada awal atau pertengahan tahun hadapan.
Mengapakah ia begitu lambat dibicarakan sedangkan semuanya adalah kes berprofil tinggi serta melibatkan kepentingan awam?
Yang lebih buruknya, sebaik didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin, semua yang didakwa itu kemudiannya bebas bercakap, berceramah dan menulis di media sosial mempertahankan diri masing-masing seolah-olah mereka tidak bersalah, dianiaya serta manga kepada pendakwaan terpilih.
Jadinya, ternampak ada sesuatu yang pelik dan lompong dalam hal ini, bahkan sistem keadilan bagaikan dipermain-mainkan.
Jika kerajaan dan semua pihak yang berkaitan dengan undang-undang benar-benar serius ingin membersihkan negara ini serta mahu melihat operasi pembersihan itu berjalan dengan baik dan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat, perbicaraan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam ini seharusnya dipercepatkan dan tidak dilengah-lengahkan.
Mahkamah seharusnya menetapkan tarikh yang cepat untuk perbicaraan supaya hukuman sama ada bersalah atau tidak ke atas tertuduh boleh segera dijatuhkan. Di sinilah juga namanya keadilan.
Ia tidak boleh ditunggu sehingga empat atau enam bulan kemudian baru hendak dibicarakan. Perbicaraan hendaklah disegerakan dan hukuman yang setimpal harus dijatuhkan supaya ia dengan sendirinya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat serta menimbulkan ketakutan kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang.
Sebenarnya itulah tujuan undang-undang dilaksana dan dikuatkuasakan.
Maka itu, penegak undang-undang harus melihat perkara ini dengan serius demi kepentingan rakyat dan negara. Jangan asyik mendakwa dan membawa kes ke mahkamah saja, yang rakyat ingin lihat sebenarnya ialah mereka yang didakwa itu segera dijatuhkan hukuman dan dipenjara, terutama bagi kes-kes yang mudah, jelas dan “straighforward” seperti ada bukti wang, nombor cek, pembelian rumah secara tunai, kekayaan melampau dan sebagainya.
Rakyat memang menyanjung tinggi keseriusan Tun Mahathir mahu membersihkan negara ini, tapi janganlah sampai setelah beliau tiada lagi pun nanti, perbicaraan masih tak selesai-selesai lagi.
-https://ift.tt/HB7gd4


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zUIW6E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.