Hi! Welcome Back and Stay Tune! MacBook Pro Dengan Pilihan GPU AMD Radeon Pro Vega Kini Boleh Ditempah – Harga Bermula RM13,232 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MacBook Pro Dengan Pilihan GPU AMD Radeon Pro Vega Kini Boleh Ditempah – Harga Bermula RM13,232

Pada acara pengenalan iPad Pro dan MacBook Air baru pada penghujung Oktober lepas, Apple telah mengumumkan mereka akan menawarkan pilihan penambahan kad grafik AMD Radeon Pro Vega bersama-sama MacBook Pro bermula bulan November. Kini, seperti dijanjikan, pilihan berkenaan boleh ditempah melalui laman rasmi Apple bermula hari ini.

MacBook AMD Vega

Pilihan kad grafik Radeon Pro Vega ini ditawarkan untuk model MacBook 15-inci yang hadir menggunakan cip Intel generasi 8 2.6Ghz. Dua pilihan disediakan, iaitu pilihan Radeon Pro Vega 16 yang memerlukan penambahan sebanyak RM1,100, ataupuna versi Radeon Pro Vega 20 yang memerlukan penambahan sebanyak RM1540.

Secara keseluruhan, versi asas yang menggunakan Radeon Pro Vega 16 ini berharga bermula RM13,232, sementara versi Radeon Pro Vega 20 pula membawakan harga jualan bermula RM13,672.

Seperti biasa, bagi anda yang melakukan pelbagai penyuntingan gambar dan video menggunakan MacBook, mungkin pilihan komputer riba ini adalah sesuai untuk anda.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TicVyi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.