Mark Zuckerberg Dilaporkan Meminta Pasukan Pengurusan Hanya Menggunakan Telefon Android
Baru-baru ini, Facebook telah dialnda skandal data Cambridge Analytica yang membuatkan sejumlah pihak mengeluarkan komen berkaitan dengannya. Tidak ketinggalan adalah CEO Apple, iaitu Tim Cook. Tim Cook mengatakan ketika itu yang mana mereka tidak akan menjana duit dengan menjual data pengguna, dan Apple mementingkan privasi.
Kini, lanjutan daripadanya, laporan baru hadir hari ini mengatakan Mark Zuckerberg mengarahkan posukan pengurusan laman sosial berkenaan untuk hanya menggunakan peranti Android.
Menekankan perkara berkenaan lagi, ia dikatakan Zuckerberg meminta pihak pengurusan menggunakan telefon Android kerana ia digunakan dengan lebih meluas berbanding iOS daripada Apple.
Sekiranya ia adalah disebabkan oleh angka penggunaan yang tinggi – dan bukan disebabkan dendam terhadap Tim Cook – maka ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Sebelum ini sendiri, Facebook telah memberikan lebih penekanan kepada sistem operasi berkenaan, memandangkan ia digunakan dengan lebih meluas – termasuk negara-negara membangun yang lebih menggunakan telefon pintar berspesifikasi asas yang menggunakan platform Android.
Dengan mengarahkan pihak pengurusan menggunakan platform yang digunakan ramai, ia secara tidak langsung membolehkan pihak Facebook mendapatkan maklumbalas dengan lebih pantas berasaskan penggunaan mereka sendiri – sebelum memperkenalkan sesuatu ciri dengan lebih meluas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qPrThX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment