Rumah Bata Lego: Sistem Blok @ IBS Interlocking Bricks
Buat rumah lebih murah, cepat siap, cantik @ lebih baik berbanding bata biasa dengan batu bata kekunci IBS – Bata Lego.
Bata Lego merupakan salah satu variasi sistem IBS yang popular di Malaysia.
Mirip dengan mainan lego, Bata Lego boleh disusun @ bersambung antara satu sama lain untuk membentuk dinding.
Berbeza dengan bata biasa yang mana memerlukan simen atara blok bata sebagai pelekat.
Bata Lego juga dikenali sebagai: Interlocking Brick, Compressed Earth block (CEB), Pressed Earth Block (PEB), dan Compressed Soil Block (CSB).
Berikut merupakan beberapa contoh rumah yang menggunakan Bata Lego:
Ciri – ciri Bata Lego
Berikut merupakan contoh Bata Lego:
Antara kelebihan Bata Lego berbanding bata biasa adalah:
- Pengurangan pekerja di tapak
- Pengurangan pembaziran bahan binaan. Saiz lebih tebal
- Lebih kuat dan keras
- Alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih
- Kawalan kualiti lebih baik
- Tapak pembinaan lebih teratur dan selamat
- Tempoh pembinaan lebih singkat
- Mesra alam
- Bangunan lebih sejuk
Terdapat juga Kekurangan Bata Lego.
Oleh kerana Bata Lego keras berbanding bata biasa, penggunaan paku untuk tujuan seperti pemasangan frame gambar, rak dinding dan sebagainya agak sedikit mencabar. Perlu menggunakan alat bantuan seperti drill.
Selain itu, Bata Lego juga agak sedikit mahal berbanding bata biasa. Maklumlah bata premium…
Bagaimana Bata Lego dapat memberi penjimatan kepada kos pembinaan?
Secara kasarnya Bata Lego dikatakan dapat memberikan sehingga 30% penjimatan kos pembinaan.
Bagaimana boleh jimat sedangkan harga batanya lebih mahal berbanding bata biasa?
Jika dilihat dari sudut kos batanya memang tidak nampak jimatnya.
Kos pembinaan merangkumi kos keseluruhan termasuk tenaga kerja dan juga kos sampingan.
Penjimatan dalam pembinaan menggunakan Bata Lego boleh dilihat dari segi:
- Kos tenaga kerja. Kerja lebih cepat siap dan kurang tenaga kerja diperlukan.
- Kos pasir dan simen. Sangat kurang pengunaan pasir dan simen. Dinding tidak perlu disimen kerana bentuk & warna bata sudah cukup cantik (unik).
- Kurang pembaziran.
Tambah tolak dan anda dapat lihat bagaimana penggunaan Bata Lego ini lebih jimat berbanding bata biasa.
Kongsikan pada mereka yang bercadang untuk membuat rumah pada masa terdekat. Mungkin mereka berminat dengan sistem ini.
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan rumah Bata Lego anda boleh hubungi: Senarai Syarikat Kontraktor IBS.
The post Rumah Bata Lego: Sistem Blok @ IBS Interlocking Bricks appeared first on InfoSantai.
✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PUapzp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment