Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alibaba Telahpun Menggunakan Sistem Pembantu Maya Berkecerdasan Buatan Seperti Google Duplex - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alibaba Telahpun Menggunakan Sistem Pembantu Maya Berkecerdasan Buatan Seperti Google Duplex

Sistem Google Duplex diperlihatkan ketika acara Google I/O yang berlangsung Mei yang lalu. Menerusi Duplex, pembantu maya Google Assistant boleh melakukan panggilan telefon bagi melakukan tempahan atau menyaring panggilan telefon bagi pihak pengguna. Menurut laporan MIT Technology Review, Alibaba bukan sahaja mempunyai sistem yang sama seperti Duplex tetapi lebih baik kerana telahpun digunakan di dunia sebenar.

Kecerdasan buatan Alibaba buat masa ini digunakan sebagai pegawai khidmat pelanggan untuk syarikat penghantaran mereka Cainiao. Ia akan melakukan panggilan telefon kepada pelanggan yang membeli produk menerusi Alibaba bagi memastikan mereka berada di alamat penghantaran. Sekiranya tidak, ia mampu melakukan perbualan bagi mendapatkan alamat penghantaran alternatif atau menjadualkan waktu penghantaran baru.

Alibaba menerima sehingga 100,000 panggilan dari pelanggan setiap hari dan sistem ini khidmat pelanggan maya ini akan mengurangkan beban yang selama ini ditanggung oleh kakitangan manusia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G7zhQh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.