Video Di YouTube Gaming Telah Ditonton Selama 50 Bilion Jam Dalam Tempoh Setahun
Di YouTube terdapat satu segmen khas untuk permainan video, iaitu YouTube Gaming. Pelbagai video mengenai permainan video, baik dari penstriman secara langsung oleh pemain-pemain, video cara bermain mahupun pelbagai kandungan berkaitan permainan video berada di segmen ini.
Terkini, melalui temu ramah oleh VentureBeat dengan Ryan Wyatt – iaitu Ketua Permainan Dan VR Global YouTube, beliau menjelaskan tahun 2018 adalah tahun yang paling memuaskan. Mereka capai 200 juta pengguna log masuk setiap hari. Kemudian, untuk jumlah jam tontonan dalam masa 12 bulan – 50 bilion jam video telah ditonton.
Menurut beliau, antara video yang menyumbang kepada jumlah jam tontonan ini adalah Fortnite. Tambah beliau lagi, kelak akan lebih banyak perkara baru yang akan diperkenalkan buat YouTube Gaming. Salah satunya adalah kerjasama dengan Supercell untuk menghubungkan akaun YouTube pada permua Clash Royale. Ini kerana ia menerima permintaan yang ramai dalam komuniti permua tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QH2qGc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment