Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Y Max Membawakan Tanda Harga RM1299 – Skrin 7.12-inci Dan Bateri 5000mAh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Y Max Membawakan Tanda Harga RM1299 – Skrin 7.12-inci Dan Bateri 5000mAh

Huawei sebelum ini telah hadir dengan gambar acah untuk Huawei Y Max, dan hari ini, peranti berkenaan telah pun disenaraikan secara rasminya melalui Lazada. Daripada apa yang disenaraikan, Huawei Y Max dilihat akan ditawarkan pada harga RM1299 di Malaysia.

Huawei Y Max membawakan penawaran skrin bersaiz besar, dan memfokuskan untuk menikmati kandungan multimedia melaluinya.

Huawei Y Max

Dari segi spesifikasi, Huawei Y Max membawakan skrin 7.12-inci, cip Snapdragon 660, dilengkapi memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Untuk rakaman gambar, Huawei Y Max menggunakan kaemra hadapan 8-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16MP + 2MP.

Melalui penyenaraian di Lazada, mereka mengatakan Huawei Y Max menggunakan sistem operasi Android Pie, tetapi melalui laman penyenaraian rasmi di Huawei, ia dikatakan menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Berkemungkinan, penyenaraian di Lazada kurang tepat, dan kita mungkin melihat ia hadir dengan Android 8.1 bersama-sama antaramuka Emui 8.2.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini melalui laman Lazada hari ini pada harga RM1299.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rqTiqY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.