MICHAEL JACKSON Sebenarnya Adalah Seorang Islam! Dia Dibuu.nuh Kerana Tindakannya Memeluk ISLAM!
Astaghfirullah!!! Segalanya kuasa Allah. Ramai sedia maklum bahawa Michael Jackson (MJ) telah diISLAMkan beberapa hari sebelum beliau mati tanpa pengetahuan keluarganya. Sehinggalah pada suatu malam, salah seorang waris bermimpi berjumpa dengan MJ yang minta agar “bahan kimia pengawetannya” dicairkan dengan segera. Lihat dan tengok apa yang berlaku seterusnya… Astaghfirullah…
Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun sudah melakukan pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cuma seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki.
Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ sangat tertekan.
Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa apabila dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain.
Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, membaca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat satu majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya.
Pada December 2008, MJ telah menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu ‘Give Thanks to Allah’ pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam.
Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata “Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya sudah bersedia untuk konsert ini”.
Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa MJ dan di mana MJ berada.
Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah mengupah doktor persendirian untuk membuat autopsy MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari.
MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai ubat ini langsung! Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut.
Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam rancangan CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ… Saya membesar dengan mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelik, kenapa seorang Presiden beria-beria bercakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan?
Kalau betullah MJ hendak bunuh diri, buat apa dia beria-beria untuk berlatih selama 2 bulan untuk konsert terakhirnya? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara terbuka (dalam TV).
Ugutannya ialah Katherine, emak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan diberi hak penjagaan.
Akhirnya mereka bersetuju MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan.
Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Sebab mayatnya tidak pernah ada dalam keranda tersebut.
Ini semua dilakukan semata-mata nak memberitahu kepada seluruh dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
The post MICHAEL JACKSON Sebenarnya Adalah Seorang Islam! Dia Dibuu.nuh Kerana Tindakannya Memeluk ISLAM! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2B8xu7N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment