Komputer Padat Intel Ghost Canyon Diperkenalkan – Bakal Hadir Dengan CPU Coffee Lake HR Dan Sokongan Untuk Kad Grafik
Baru-baru ini terdapat ura-ura bahawa Intel akan memperkenalkan sebuah komputer padat NUC (Next Unit of Computing) yang akan menggunakan CPU 8 teras dan 16 bebenang kuasa, disamping sokongan untuk sebuah slot PCIe 3.0 x16 yang mampu menyokong sebuah kad grafik.
Laporan daripada Fanless Tech nampaknya memperlihatkan rekaan NUC Ghost Canyon ini, yang hadir dengan rangka padat berwarna hitam dengan logo Intel Extreme yang cukup terkenal.
Menurut laporan tersebut, NUC Ghost Canyon ini akan menggunakan CPU Intel Coffee Lake HR yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang kuasa, tiga palam HDMI 2.0, dua palam Thunderbolt 3 dan sokongan untuk storan SSD M.2 2280 dan juga slot PCIe 3.0 x16 yang boleh digunakan untuk meletakkan sebuah kad grafik.
Fanless Tech turut mengatakan bahawa NUC Ghost Canyon ini hanya akan mula dijual bermula awal tahun 2020 sahaja,
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L6ew6A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment